Typing Contest Untuk Komuniti Setempat Berumur 7 hingga 14 Tahun

Pada 25 MAC 2016 | Jumaat

Aktiviti Typing Contest ini telah diadakan pada 25 Mac 2016 (Jumaat). Aktiviti bermula kira-kira jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira pada jam 11.30 pagi. Kategori pertandingan terbahagi kepada tiga iaitu untuk peserta berumur 7-9 tahun, 10-12 tahun dan 13-14 tahun. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih pengguna menaip sesuatu teks mengikut format dan masa yang telah ditetapkan. Untuk setiap kategori, peserta dikehendaki menaip teks yang terpapar pada skrin. Setiap peserta diberi masa selama 15 minit untuk menaip teks tersebut. Panjang dan format teks adalah berbeza untuk setiap kategori.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti tersebut diadakan:

Manakala yang dibawah pula adalah gambar bagi pemenang tempat pertama, kedua , ketiga dan saguhati untuk kategori pertama (7-9 tahun). Dari kiri adalah Nur Ainin Adni Azmi, Nurul Ainur Mardiyah , Wan Ainin Sofiya , Muhammad Iqbal, Mohd Haziq Azmi, Mohd Syukur Rozali dan Adura Zaiti Afikah Nazri.

Manakala yang dibawah pula adalah gambar bagi pemenang tempat pertama, kedua , ketiga dan saguhati untuk kategori kedua (10-12 tahun). Dari kiri adalah Mohd Aziman Akram, Mohd Shahrizal Rozali, Mohd Amanullah Azrul, Mohd Farihin, Nurul Aina Syafiyah dan Nurul Hidayah Ruhaizid

Manakala yang dibawah pula adalah gambar bagi pemenang tempat pertama, kedua , ketiga dan saguhati untuk kategori kedua (13-14 tahun). Dari kiri adalah Muhammad Ikhwan, Muhammad Ilman Firdaus, Intan Inshirah Adri, Nur Syazwani dan Nur Shahila Rozali



kembali ke halaman utama