Tayangan Filem Berpendidikan

5 Jun 2016 | Ahad

Tayangan filem ini diadakan sebanyak dua sesi. Sesi pagi adalah untuk individu yang berumur 12 tahun ke bawah , manakala sesi petang pula adalah untuk individu yang berumur 13 tahun ke atas. Tayangan ini diadakan di bilik latihan pusat internet kg fikri. Sesi soal jawab mengenai filem tersebut diadakan selepas selesai tayangan. Untuk setiap sesi, sebanyak lima soalan telah disediakan untuk peserta. Peserta yang berjaya menjawab soalan , telah diberi hadiah saguhati oleh pihak Pi1M. Sasaran program adalah melibatkan murid sekolah rendah dan menengah. Filem yang ditayangkan untuk dua kategori ini adalah berbeza mengikut kesesuaian umur mereka. Antara kebaikan aktiviti ini adalah, peserta dapat mempelajari nilai-nilai murni yang diterapkan melalui filem tersebut. Antara nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam filem tersebut adalah nilai kesabaran, tidak berhasad dengki sesama manusia, bersangka baik pada tuhan, dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti tersebut diadakan:



Kembali ke halaman utama