Klik Dengan Bijak (KDB) + & Celik IT Bersama Murid Tadika Kampung Fikri

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2017(Ahad)

Tujuan:
• Memberi pendedahan tentang latar belakang dan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Fikri.
• Memberi taklimat kepada murid tadika mengenai program ‘KLIK DENGAN BIJAK’ dan mempelajari serba sedikit asas komputer.

Butir Berkaitan Aktiviti:
Aktiviti bermula pada pukul 10.00 pagi. Dimulakan dengan pengenalan kepada staff Pi1M Fikri dan diikuti dengan kemudahan yang disediakan disini. Slide yang menarik ditayangkan semasa taklimat untuk menarik perhatian murid tadika.

Seterusnya ialah aktiviti Klik Dengan Bijak. Taklimat, tayangan video dan sesi soal jawab diadakan bersama murid untuk menguji kefahaman mereka tentang program. Video lagu ‘Didi n Friends’ ditayangkan berselang-seli dengan taklimat untuk mengelakkan mereka cepat merasa bosan. Respon yang diberikan agak memberangsangkan. Pelajar juga diberi pendedahan kepada perisian Microsoft Power Point dan belajar mengeja dan membaca melalui slide yang ditayangkan menerusi perisian itu.

Kelebihan Aktiviti:
• Murid-murid Tadika dapat memahami tentang kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan di PI1M Fikri.
• Murid juga dapat memahami risiko penggunaan internet tanpa pemantauan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain yang lebih besar daripada mereka.
• Mengeratkan silaturahim antara murid tadika, guru tadika dengan staf Pi1M.