PENGENALAN KEPADA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG FIKRI + KLIK DENGAN BIJAK (KDB) + BELAJAR ASAS KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Tujuan:
• Memberi pendedahan tentang latar belakang Pusat Internet 1 Malaysia Kg Fikri.
• Memberi taklimat kepada murid sekolah mengenai program “KLIK DENGAN BIJAK”.
• Mempelajari perkara asas komputer seperti Microsoft Office Word, Power Point & Excel.

Butir Berkaitan Aktiviti:
Aktiviti bermula pada pukul 11.00 pagi. Dimulakan dengan taklimat mengenai sejarah penubuhan Pusat Internet 1Malaysia Kg Fikri serta kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan disini. Slide ditayangkan kepada para pelajar. Diselitkan juga aktiviti Pusat Internet sepanjang tahun 2016.

Aktiviti kedua ialah Program Klik Dengan Bijak. Taklimat, tayangan video dan sesi soal jawab diadakan bersama pelajar untuk menguji kefahaman mereka tentang program ini. Respon yang diberikan oleh para pelajar sangat memberansangkan.

Aktiviti ketiga dan terakhir ialah belajar asas komputer. Para pelajar diajar mengenai perisian Microsoft di dalam komputer kemudian mereka diberikan tugasan untuk dilaksanakan. Secara keseluruhannya, mereka dapat menyiapkan tugasan dengan baik. Program selesai pada pukul 1.45 petang dan para pelajar beredar untuk ke surau.

Kelebihan Aktiviti:
• Dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Pusat Internet.
• Pelajar dapat memahami risiko penggunaan internet jika tidak dikawal dan dipantau oleh ibu bapa serta bahaya mendedahkan maklumat diri di media sosial.
• Pelajar dapat mempelajari asas komputer.
• Mengeratkan silaturahim antara para pelajar dan pihak sekolah dengan staff PI1M.