PROGRAM ADVOKASI KLIK (KDB), E-WASTE & JUALAN PRODUK DIGI

Aktiviti terkini | 08 - 13 Mei 2017

Tempat Aktiviti:
Tapak Karnival Pantai Rhu 10

Perlaksanaan Aktiviti Utama :

Sempena Pekan Budaya Daerah Setiu 2017, PI1M Kg. Banggol dan PI1M Kg. Fikri sekali lagi telah berkolaborasi untuk membuka gerai pameran bagi mengadakan program advokasi Klik Dengan Bijak dan mobile e-Waste & Jualan produk Digi. Program selama seminggu ini mensasarkan seramai 400 peserta advokasi merangkumi golongan pelajar sehingga ibu bapa.

Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk pengunjung. Antara aktiviti yang disediakan ialah tayangan video mengenai klik dengan bijak, penerangan mengenai keselamatan internet dan mobile e-waste serta perkhidmatan PI1M. Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai aktiviti seperti puzzle dart, dam gergasi, congkak dan mewarna online. Sepanjang program dijalankan, gerai PI1M tidak pernah sunyi daripada pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kerjaya.

Alhamdulillah, sepanjang 6 hari program berlangsung, jumlah pengunjung dan peserta mmencapai sasaran yang dikehendaki. Banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui aktiviti ini samaada kepada masyarakat mahupun PI1M sendiri. Aktiviti sebegini dilihat memberi impak yang sangat positif dalam kalangan masyarakat kerana mereka dapat memperoleh maklumat secara terus dengan staff PI1M mengenai keselamatan internet mahupun perkhidmatan yang disediakan di PI1M. Sebagai staff PI1M pula peluang ini membolehkan kami lebih dekat dengan masyarakat dan secara langsung mempromosi PI1M kepada seluruh masyarakat setempat tanpa mengira usia. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa depan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :