PERMAINAN DAM GERGASI DAN SIFIR MISTERI

Aktiviti terkini | 29 November 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Mewujudkan aktiviti santai kepada para peserta selari dengan musim cuti sekolah supaya peserta lebih ‘relax’ dalam aktiviti bersama pi1m kali ini.
• Menguji kemampuan para peserta dalam menghafal dan menyelesaikan masalah sifir.
• Mengasah dan melatih kemahiran para peserta dalam mengingat sifir dengan pantas dan tepat.
• Mengeratkan hubungan antara staf pi1m dengan para peserta yang mengambil bahagian.
• Menggalakkan keahlian baru daripada pelajar yang berminat untuk menjadi ahli pusat internet.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat merasa aktiviti santai yang dianjur oleh pi1m Kg Fikri yang jarang dilakukan selari dengan musim cuti sekolah.
• Dapat menguji kemampuan mengira peserta dalam menyelesaikan masalah sifir.
• Dapat mengisi masa luang mereka dimusim cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :