PROGRAM GEMILANG MERDEKA

Aktiviti terkini | 26 Ogos 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Fikri

Tujuan :
• Meraikan dan memperingati hari kemerdekaan Malaysia.
• Menguji pengetahuan para peserta berkenaan sejarah kemerdekaan Malaysia.
• Menguji kemahiran peserta dalam melukis dan mewarna.
• Memperkenalkan aplikasi “Kahoot” yang berbentuk permainan pendidikan kepada peserta.
• Memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid mengenai Klik Dengan Bijak dan menguji kefahaman mereka tentang isi kandungan program melalui sesi soal jawab yang akan dijalankan.
• Menggalakkan keahlian baru daripada mereka yang bukan ahli.

Kelebihan Aktiviti :
• Murid dapat mengetahui tentang kepentingan melayari internet dengan selamat dan kesan sekiranya melayari web yang tidak sepatutnya.
• Murid dapat mengenalpasti risiko-risiko di alam siber seperti cyber grooming, cyber stalking, cyber bully dan sebagainya serta kesan-kesan nya.
• Dapat melihat bakat peserta dalam melukis dan mewarna.
• Dapat menyemai semangat cintakan Tanah Air dengan mempelajari tentang sejarah Malaysia melalui permainan kahoot.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :