PROGRAM CSR BERSAMA MURID TAHUN 6 & TAHUN 5 SK FIKRI

Aktiviti terkini | 24 September 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 9.30 pagi. Peserta yang terlibat adalah murid tahun 5 dan 6 seramai 26 orang.
• Taklimat diberikan kepada para murid terlebih dahulu tentang modul yang akan dilaksanakan di dalam program.
• Terdapat 3 jenis modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah disediakan kepada mereka iaitu Kapal karam, Talian hayat dan juga Menara Harapan.
• Modul Kapal karam dijalankan di dalam bilik latihan ICT. Manakala modul Talian Hayat dan juga Menara harapan dijalankan di dalam ruang melayari internet ‘Cyber hall’.
• Selesai sahaja ketiga-tiga modul, program diteruskan dengan sesi fotografi bersama semua murid dan guru pengiring untuk dimasukkan kedalam album tahunan pi1m Kg Fikri dan dikemakini di FB.
• Jamuan ringkas dengan peserta dan bersurai

Tujuan :
• Melatih peserta dalam membuat keputusan yang cepat apabila berhadapan dengan situasi kritikal.
• Menggalakkan peserta berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
• Memupuk semangat berkerjasama dalam kumpulan.
• Melatih kemahiran menjadi seorang ‘leader’ kepada anak buah.
• Membuang sifat kurang yakin dan malu untuk bercakap di hadapan.
• Mengeratkan ukhuwah antara staf Pi1M dan murid. Kebanyakan murid merupakan ahli Pi1M Fikri.

Butiran Aktiviti :
• Modul pertama ialah aktiviti “Kapal Karam”. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemudian staf akan menayangkan slide gambar kapal yang sedang karam di lautan beserta dengan beberapa soalan menguji minda. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah kapal karam itu kemudian mereka perlu membentangkan jawapan di hadapan rakan-rakan yang lain.
• Modul kedua ialah aktiviti “Talian Hayat”. Menggunakan kumpulan yang sama lagi, wakil daripada setiap kumpulan akan datang mencabut soalan di dalam kotak yang disediakan oleh staf. Wakil dikehendaki memberi klu kepada ahli kumpulannya tentang apa yang terkandung di dalam soalan tanpa perlu bersuara, hanya bahasa isyarat saja perlu digunakan. Jika ahli kumpulan mampu menjawab, mata ganjaran akan dikreditkan kepada kumpulan itu. Namun jika gagal, wakil boleh memanggil ahli lain untuk menjadi talian hayat. Jika masih juga gagal, kumpulan tersebut akan lupus mata ganjaran.
• Modul ketiga ialah aktiviti “Menara Harapan”. Setiap kumpulan akan diberikan kertas manila dan alat tulis untuk melukis. Mereka dikehendaki melukis gambar menara impian kumpulan mereka dan menerangkan tentang keunikan menara ciptaan mereka dan apakah kelebihannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :