HARI KOMUNITI BERSAMA KWSP

Aktiviti terkini | 03 Februari 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan antara staf pi1m dengan para pengunjung yang datang.
• Membina hubungan kerjasama antara staf PI1M Kg Fikri dengan kakitangan KWSP.
• Memberi kesedaran kepada penduduk setempat tentang kepentingan penamaan kepada ahli KWSP.
• Memudahkan urusan penduduk setempat yang sukar ke KWSP dibandar dengan hanya datang ke Pi1M Kg Fikri untuk menyelesaikan urusan berkenaan KWSP.
• Memudahkan penduduk setempat untuk menanyakan sebarang persoalan dan kekeliruan berkaitan sistem KWSP.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kemudahan kepada penduduk setempat tanpa perlu ke KWSP dibandar untuk urusan berkaitan KWSP yang mana jarak nya agak jauh.
• Menjawab persoalan dan juga sebarang kekeliruan para penduduk tentang KWSP.
• Dapat mengeratkan hubungan antara staf PI1M dengan penduduk setempat dan juga para pengunjung yang pertama kali datang ke PI1M Kg Fikri.
• Dapat membina hubungan kerjasama antara staf PI1M dengan staf KWSP itu sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :