PENGENALAN KEPADA DUNIA ICT & KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA MURID TADIKA KG FIKRI

Aktiviti terkini | 26 Mac 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan awal tentang komputer kepada murid tadika
• Membiasakan murid menggunakan komputer, tetikus dan mana-mana perkakasan berkaitan yang bersesuaian
• Penerokaan kepada dunia teknologi dengan lebih santai dan mudah difahami sesuai dengan usia mereka
• Memberi pendedahan kepada murid tentang cara melayari internet dengan cara yang betul dan selamat
• Memupuk sifat ingin tahu dan ingin belajar melalui kemudahan komputer dan bukan terhad kepada menonton karton, bermain games dan mendengar lagu sahaja
• Mengeratkan hubungan kerja antara staf Pi1M & Guru Tadika SK Fikri

Kelebihan Aktiviti :
• Murid- murid tadika dapat memahami tentang risiko penggunaan internet tanpa pengawasan ibu bapa atau orang yang lebih dewasa daripada mereka
• Dapat mempelajri asas komputer iaitu Microsoft Power Point
• Murid- murid tadika dapat mempelajari “education games” secara atas talian yang mampu melatih tangan mereka tentang cara-cara memegang dan meng’klik’ tetikus dengan betul
• Mengeratkan hubungan antara staf pi1m dengan guru pengiring dan murid tadika yang datang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :