PROGRAM CSR BERSAMA MURID TAHAP 2 SK FIKRI

Aktiviti terkini | 24 Oktober 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Meningkatkan kemahiran komunikasi dan pembentangan.
• Menggalakkan peserta berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
• Memupuk semangat berdaya saing secara sihat dikalangan peserta.
• Memupuk semangat berkerjasama dalam kumpulan.
• Melatih kemahiran memahami dan mengingat akan sesuatu perkara.
• Mengeratkan ukhuwah antara staf Pusat Internet dan murid SK Fikri.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk kemahiran komunikasi dan pembentangan dalam diri murid-murid seterusnya meningkatkan keyakinan mereka apabila bercakap di khalayak ramai.
• Melatih semangat kerjasama dan berdaya saing dalam satu kumpulan untuk menyempurnakan sesuatu tugasan yang diberikan.
• Menerapkan kemahiran berfikiran secara kreatif, kemahiran mengingat dan memahami dalam diri murid.
• Menjadikan penggunaan komputer sebagai satu medium dalam meningkatkan pengetahuan am murid-murid dengan menggunakan search engine Google.
• Merapatkan lagi hubungan antara kakitangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :