MENCIPTA ORIGAMI HAIWAN KREATIF

Aktiviti terkini | 28 September 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Menguji kreativiti peserta dalam menghasilkan origami yang kreatif berpandukan tutorial di youtube.
• Memberi pendedahan kepada peserta bahawa banyak ‘channel’ yang bersifat pembelajaran di youtube yang boleh mereka ikuti dan pelajari.
• Memupuk sifat tolong menolong di kalangan peserta di mana ada juga peserta yang agak terkial-kial dalam menyiapkan origami beliau dan rakan-rakan ada yang ringan tangan menolong.
• Memenuhi masa senggang peserta pada hujung minggu dengan mengikuti aktiviti bermanfaat yang diadakan di pusat internet.
• Menjalinkan semangat silaturahim yang lebih erat antara staf pusat internet dan juga peserta.
• Menggalakkan keahlian baru daripada peserta yang bukan ahli yang menyertai aktiviti tersebut.

Kelebihan Aktiviti :
• Menguji kemahiran dan kreativiti para peserta dalam menghasilkan origami yang kreatif.
• Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta. Mereka dapat mengetahui lebih banyak channel pembelajaran di youtube.
• Memenuhi waktu lapang peserta pada hari minggu.
• Merapatkan lagi hubungan antara kakitangan PI Kampung Fikri dengan para peserta yang mengambil bahagian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :