KURSUS ASAS KOMPUTER

Aktiviti terkini | 08 Disember 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Ringkasan Aktiviti :
Kursus Asas Komputer Musim Cuti Sekolah diadakan sebagai program bulanan bagi bulan Disember. Objektif utama penganjuran program ini bagi memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer melalui pembelajaran yang diberikan secara percuma oleh Pusat Internet (PI). Program ini telah dijalankan pada 8 Disember 2019 bertempat di PI Kg Fikri. Kursus pendek yang dianjurkan ini telah bermula pada jam 10.30 pagi dengan kehadiran para peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah. Program ini melibatkan staf PI sebagai tenaga pengajar. Terdapat 2 sesi yang dijalankan dalam kursus pendek asas komputer ini iaitu sesi pertama merupakan pengenalan kepada Pusat Internet Kg Fikri dan sesi kedua melibatkan pembelajaran modul Microsoft Office Word. Kursus tamat pada jam 1.00 petang setelah selesai semua modul.

Tujuan Aktiviti :
• Mencapai matlamat penubuhan Pusat Internet dalam memberi pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar.
• Memberi peluang kepada komuniti setempat terutamanya mereka yang tidak berkemampuan bagi mempelajari asas komputer tanpa sebarang bayaran.
• Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda sejak di bangku sekolah lagi.
• Memanfaatkan cuti musim sekolah dengan perkara yang berfaedah.
• Memenuhi KPI yang telah digariskan oleh SKMM agar diadakan satu program bulanan pada setiap bulan di Pusat Internet masing-masing.

Kelebihan Aktiviti :
• Melengkapkan diri peserta dengan kemahiran penggunaan ICT yang amat diperlukan terutamanya dalam membuat kerja kursus dan latihan akademik yang memerlukan penggunaan komputer.
• Merupakan salah satu kemahiran yang memberi kelebihan kepada peserta pada masa hadapan antaranya ketika menghadapi sesi temuduga dan di alam pekerjaan.
• Mendidik peserta menggunakan kemudahan internet dan komputer yang disediakan di pusat internet dengan perkara yang bermanfaat.
• Mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :