Bengkel Usahawan Bersama Mara

Aktiviti terkini | 23 Februari 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Untuk melahirkan lebih ramai usahawan dikalangan penduduk setempat samada golongan muda mahupun tua.
• Dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat antara staff Pusat Internet dengan penduduk sekitar dan staff MARA itu sendiri.
• Dapat memperkenalkan Pusat Internet serta kemudahan yang ada disini kepada mereka yang tidak pernah datang.
• Untuk menambah keahlian baru daripada peserta yang bukan ahli melalui promosi yang dilakukan ketika program berlangsung.

Kelebihan Aktiviti :
• Bengkel bermula pada jam 11.00 pagi walau bagaimanapun seawal jam 10.00 pagi lagi para peserta sudah hadir ke pusat internet.
• Setelah selesai sesi pendaftaran peserta, bengkel telah dimulakan dengan sesi pengenalan oleh pegawai MARA yang bertindak sebagai trainer dalam bengkel usahawan ini. Sesi pengenalan tersebut terdiri daripada penerangan ringkas mengenai MARA sebagai sebuah agensi pembangunan usahawan.
• Bengkel diteruskan dengan sesi penerangan mengenai program-program pembangunan usahawan percuma yang disediakan oleh pihak MARA kepada usahawan. Antara program yang disediakan membabitkan kursus dan latihan kemahiran seperti kursus pemasaran strategik, kursus komunikasi perniagaan dan kursus pengurusan kewangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :