D.I.Y TOPENG MUKA KREATIF

Aktiviti terkini | 19 Julai 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Ringkasan Aktiviti :
Bagi menghangatkan lagi bulan syawal, Pusat Internet Kampung Banggol telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Kampung Fikri untuk mengadakan program ”Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019” bertempat di Pusat Internet Kampung Fikri. Program ini berlangsung pada 21 Jun 2019 iaitu pada hari Jumaat. Kami telah menjemput semua ahli pusat internet untuk hadir ke jamuan ini. Program ini bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Pelbagai menu yang telah disediakan hasil usaha daripada petugas pusat internet. Antaranya termasuklah Nasi Ayam, Laksa Penang, Laksa Lemak, Spageti, Pulut Kuning, Roti Jala, Pizza, dan sebagainya. Sambutan yang diberikan oleh tetamu amat menggalakkan. Lebih 300 orang tetamu yang hadir dalam memeriahkan jamuan ini. Makanan yang dihidangkan juga habis dijamu oleh para tetamu. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya ukhwah yang terjalin diantara staf pusat internet dengan ahli pusat internet dapat berkekalan. Semoga program ni mampu membawa pusat internet sebagai imej yang baik kepada masyarakat.

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan setiap bulan di Pusat Internet.
• Menguji kreativiti para peserta dalam menghasilkan topeng muka yang unik dan kreatif.
• Menggabungkan unsur tradisional(menghasilkan topeng) bersama unsur teknologi (tutorial membuat topeng melalui internet).
• Memupuk sifat dan semangat berdaya saing yang tinggi dalam kalangan para peserta.
• Memanfaatkan waktu hujung minggu peserta dengan melibatkan diri dengan aktiviti bermanfaat yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Fikri.
• Menggalakkan pendaftaran ahli baru melalui penglibatan peserta yang bukan ahli di dalam program.
• Mempromosikan Pusat Internet Kampung Fikri kepada peserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Mendedahkan para peserta dengan cara penggunaan internet yang betul dan bermanfaat dengan menjadikan internet sebagai medium tutorial menghasilkan karya kreatif.
• Menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif, fokus dan kesungguhan serta berdaya saing dalam kalangan para peserta.
• Melibatkan para peserta dengan aktiviti yang berfaedah seterusnya menjadikan pusat internet sebagai pusat kegiatan aktiviti yang bermanfaat.
• Meningkatkan pendaftaran ahli baru serta memberi manfaat kepada mereka yang telah berdaftar menjadi ahli pusat internet dengan melibatkan mereka dalam program bulanan sebegini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :