BIJAK SIFIR

Aktiviti terkini | 23 November 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Ringkasan Aktiviti :
Menggunakan konsep e-learning dalam program ini, para peserta yang terlibat dikehendaki menyelesaikan latihan sifir yang merangkumi sifir 1 sehingga sifir 12 melalui portal pembelajaran Sifir Darab. Penggunaan portal pembelajaran e-learning sebegini dilihat sangat berkesan dalam membantu peserta menguasai kemahiran sifir dengan lebih mudah. Peserta yang berjaya menyiapkan kesemua latihan sifir yang disediakan telah diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan.

Tujuan Aktiviti :
• Membantu peserta menguasai kemahiran mengingati sifir menerusi latihan-latihan yang disediakan.
• Memupuk minat dan mengubah persepsi peserta terhadap subjek Matematik melalui pembelajaran e-learning yang interaktif.
• Menjadikan pusat internet sebagai salah satu pusat pembelajaran e-learning yang berkesan kepada murid-murid sekolah.
• Meningkatkan motivasi terhadap peserta terutamanya mereka yang lemah sifir dengan cara pembelajaran yang lebih mudah dan seronok.
• Memenuhi KPI yang telah digariskan oleh SKMM agar diadakan satu program bulanan pada setiap bulan di Pusat Internet masing-masing.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu peserta mempersiapkan diri bagi menghadapi ujian-ujian akademik yang akan dihadapi di sekolah.
• Meningkatkan kemahiran dan kecerdasan berfikir secara pantas dalam penguasaan sifir seterusnya membantu menyelesaikan masalah Matematik yang lain.
• Mendidik peserta menggunakan kemudahan internet dan komputer yang disediakan di pusat internet dengan perkara yang bermanfaat.
• Mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :