KURSUS AGROBAZAAR ONLINE BERSAMA FAMA

Aktiviti terkini | 21 September 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Ringkasan Aktiviti :
Sempena menyambut hari kemerdekaan ke-62, PI Kampung Fikri telah mengadakan pertandingan Lukisan Merdeka sebagai program bulanan bagi bulan Ogos. Pertandingan ini telah diadakan pada 23 Ogos 2019 bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang Menjadikan PI Kg Fikri sebagai lokasi pertandingan, seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam program tersebut. Para peserta dikehendaki untuk melukis lukisan yang bertemakan kemerdekaan di atas pinggan kertas yang telah disediakan dan mereka diwajibkan untuk menyertakan logo kemerdekaan pada tahun ini iaitu “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”. Kemudian, peserta perlu mewarna dan menghias pinggan kertas yang telah siap dilukis. Tiga orang peserta yang berjaya menghasilkan lukisan merdeka yang paling kreatif, cantik dan memenuhi kriteria pertandingan telah dipilih sebagai pemenang. Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang dan tidak dilupakan sesi bergambar bersama semua peserta.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada usahawan mempelajari ilmu keusahawanan secara percuma daripada FAMA Negeri Terengganu.
• Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari teknik perniagaan dan pemasaran di dalam portal Agrobazaar.
• Peserta dapat mempelajari cara-cara untuk ‘set up’ kedai Agrobazaar mereka dan teknik berniaga di dalam portal tersebut.
• Untuk melahirkan lebih ramai usahawan digital dalam kalangan usahawan samada golongan muda mahupun tua.
• Dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat antara staff Pusat Internet dengan para usahawan dan tenaga pengajar daripada FAMA itu sendiri.
• Dapat memperkenalkan Pusat Internet serta kemudahan yang ada disini kepada mereka yang tidak pernah datang.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi manfaat kepada usahawan yang berdaftar sebagai ahli pusat internet dengan penyertaan dalam program keusahawan secara percuma.
• Meningkatkan ilmu perniagaan dan kemahiran IT dalam diri peserta.
• Menyediakan platform kepada usahawan daerah Setiu untuk memasarkan produk mereka secara meluas di seluruh Malaysia.
• Memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan di pusat internet selain peserta dapat menjadikan pusat internet sebagai pusat pembelajaran ICT secara berterusan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :