KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini |26- 27 Disember 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan pada setiap bulan oleh Pusat Internet.
• Menguji tahap pemahaman dan kesedaran mengenai Klik Dengan Bijak dalam kalangan komuniti.
• Memberi peluang kepada komuniti memanfaatkan tempoh PKPP/PKPB dengan penyertaan dalam program yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
• Mewujudkan kesedaran mengenai penggunaan internet secara beretika dan selamat.
• Mempromosikan PIK Kampung Fikri kepada komuniti.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kuiz online Klik Dengan Bijak telah diadakan di media sosial Page Facebook PIK Kg Fikri. Para peserta boleh menjawab soalan kuiz melalui link Google form yang tealh diberikan.
• Penyertaan adalah terbuka dan percuma kepada semua lapisan masyarakat. Terdapat 10 soalan yang disediakan merangkumi beberapa topik Klik Dengan Bijak antaranya buli siber, penipuan kewangan dan permainan dalam talian.
• Penyertaan telah dibuka selama sehari iaitu pada 26 Disember sehingga 27 Disember 2020 dan telah disertai oleh 54 orang peserta.
• Seramai 5 orang pemenang telah dipilih berdasarkan beberapa kriteria iaitu markah tertinggi, terpantas menjawab dan merupakan follower page PIK Kg Fikri.
• Senarai nama pemenang telah diumumkan pada 28 Disember 2020 di Facebook PIK Kg Fikri dan mereka diminta hadir ke PIK bagi menuntut hadiah masing-masing.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan mengenai kaedah penggunaan internet yang selamat dalam kalangan peserta.
• Menyokong saranan kerajaan membudayakan norma baharu iaitu dengan menganjurkan program secara atas talian bagi membiasakan komuniti dengan norma baharu.
• Meningkatkan jumlah follower Page Facebook PIK Kg Fikri supaya lebih ramai komuniti akan mendapat manfaat melalui perkongsian pelbagai informasi dan aktiviti yang dijalankan oleh PIK menerusi medium media sosial PIK.
• Penganjuran program secara atas talian dapat menarik penyertaan lebih ramai peserta dan capaian peserta lebih meluas.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :