PROGRAM ADVOKASI DI SK MANGKOK, SETIU

Aktiviti terkini | 21 Januari 2020

Tempat Aktiviti:
SK Mangkok, Setiu, Terengganu

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM yakni setiap Pusat Internet wajib mengadakan program advokasi dengan jumlah sasaran peserta ialah seramai 700 orang.
• Memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid mengenai objektif sebenar program Klik Dengan Bijak dan menguji kefahaman mereka tentang isi kandungan program melalui sesi soal jawab yang dijalankan.
• Memperkenalkan Pusat Internet Kampung Fikri kepada murid dan matlamat penubuhan Pusat Internet. Sebelum sesi KDB bermula, kami akan mengambil sedikit masa untuk tayangan slide berkenaan Pusat Internet (kemudahan, aktiviti, latihan ICT dan lain-lain).
• Memberi pendedahan dan info tentang dunia ICT kepada murid-murid beserta beberapa teka teki untuk menguji pengetahuan mereka.
• Menggalakkan keahlian baru daripada murid yang berminat untuk menjadi ahli.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran dan pendidikan tentang penggunaan internet yang selamat dan bijak kepada murid-murid sekolah pada peringkat awal.
• Menguar-uarkan mengenai penubuhan Pusat Internet dan perkhidmatan serta fasiliti yang disediakan.
• Menarik minat peserta untuk menjadi ahli Pusat Internet dan meningkatkan jumlah pengunjung yang hadir ke Pusat Internet.
• Memberi pendidikan awal tentang dunia ICT kepada peserta bagi meningkatkan pengetahuan dan menjadikan mereka murid yang celik ICT.
• Merupakan salah satu cara bagi mengeratkan hubungan antara staf Pusat Internet dan pihak sekolah melalui program yang diadakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :