PERTANDINGAN ORIGAMI KREATIF X MIKROBIT

Aktiviti terkini |30 Oktober 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan pada setiap bulan oleh Pusat Internet.
• Menguji kreativiti para peserta dengan mencipta origami yang unik dan kreatif .
• Melatih peserta untuk berfikir secara kritikal untuk mengaturcara Microbit serta cara untuk menggabungkan elemen Microbit pada origami tersebut.
• Memanfaatkan waktu hujung minggu peserta dengan aktiviti yang bermanfaat yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
• Menggalakkan keahlian baru daripada pelajar yang berminat untuk menjadi ahli Pusat Internet.
• Mempromosikan Pusat Internet Kampung Fikri kepada peserta.


Butir-butir Berkaitan Aktiviti:
• Pertandingan bermula jam 10.00 pagi setelah selesai kehadiran semua peserta. Mereka telah dipecahkan kepada 5 kumpulan kecil.
• Kemudian, taklimat ringkas mengenai pertandingan telah diberikan kepada peserta. Setiap kumpulan telah dibekalkan dengan kertas warna, gunting, gam, pembaris dan pensel warna.
• Peserta dikehendaki menghasilkan Origami mengikut kreativiti masing-masing dalam tempoh 1 jam. Origami yang dihasilkan adalah bertema bebas dan mereka juga diberi kebebasan untuk merujuk model origami melalui Youtube dan Google.
• Setelah selesai membuat Origami, mereka telah diberikan 1 set Mikrobit untuk digunakan bagi memasukkan unsur Mikrobit seperti elemen mata berkelip-kelip menggunakan LED, elemen bunyi menggunakan buzzer dan paparan ikon melalui papan Mikrobit.
• Pada penghujung program, 3 kumpulan telah dipilih sebagai pemenang. Para pemenang dinilai berdasarkan kekemasan, kreativiti, semangat kerjasama dalam kumpulan dan penggunaan elemen Mikrobit dalam setiap Origami yang dihasilkan.


Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan pengaturcaraan Mikrobit secara tidak langsung kepada peserta melalui aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.
• Meningkatkan kreativiti dan daya inovasi serta mewujudkan semangat daya saing dan kerjasama yang tinggi dalam kumpulan.
• Memupuk minat peserta dalam mempelajari Mikrobit secara lebih mendalam dengan menyertai kelas Mikrobit yang dijalankan di Pusat Internet.
• Melibatkan para peserta dengan aktiviti yang berfaedah seterusnya menjadikan Pusat Internet sebagai pusat kegiatan aktiviti yang bermanfaat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :