BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020

Aktiviti terkini |5 September 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Mendidik komuniti menggunakan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara bijak dan bermanfaat.
• Memberi peluang sukarelawan berinteraksi dengan komuniti setempat bagi membendung masalah penyalahgunaan kemudahan teknologi seperti penyebaran berita palsu di media sosial.
• Mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan pengguna internet seperti bercakap benar, bijak menilai dan memberi fokus kepada kesan penyebaran berita palsu kepada masyarakat.
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan pada setiap bulan oleh Pusat Internet.


Kelebihan Aktiviti :
• Mendidik sukarelawan tentang kepentingan Klik Dengan Bijak dan etika penggunaan media sosial yang betul.
• Sukarelawan MIV menjadi penggerak dalam mendidik pengunaan ICT secara berhemah, dan memupuk kesedaran masyarakat terhadap mesej-mesej advokasi SKMM.
• Mengeratkan hubungan Pusat Internet dengan komuniti setempat.
• Melibatkan para peserta dengan aktiviti yang berfaedah seterusnya menjadikan pusat internet sebagai pusat kegiatan aktiviti yang bermanfaat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :