KONGSI REZEKI RAMADHAN 2021

Aktiviti terkini |25 April 2021

Tempat Aktiviti:
Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan pada setiap bulan oleh Pusat Internet.
• Memperkenalkan Pusat Internet sebagai platform atau landasan bagi komuniti atau kanak- kanak mempelajari kemahiran ICT.
• Menggalakkan keahlian baru daripada peserta yang belum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Fikri.
• Meringankan sedikit beban penduduk kampung yang kurang bernasib baik.
• Mengenali komuniti setempat dengan berkunjung ke kediaman mereka.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula pada jam 10.00 pagi dengan persiapan barang-barang sumbangan.
• Pada jam 10.30 pagi, mula berkunjung ke kediaman peserta yang terpilih satu demi satu.
• Program tamat pada jam 12.00 tengahari dan pulang kembali ke PIK Kg Fikri.


Kelebihan Aktiviti :
• Menguar-uarkan mengenai penubuhan Pusat Internet dan perkhidmatan serta fasiliti yang disediakan.
• Merupakan salah satu cara bagi mengeratkan hubungan antara staf Pusat Internet dan komuniti setempat melalui program yang diadakan.
• Meringankan sedikit beban keluarga yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadhan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :