BENGKEL KOMPUTER MUSIM CUTI SEKOLAH

Aktiviti terkini |1 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang asas komputer dan Microsoft Office seperti Word, Power Point dan Excel.
• Berkongsi tentang fungsi-fungsi di Ms Office tersebut supaya mereka tahu membezakan setiap aplikasi tersebut dan cara untuk menggunakannya.
• Sebagai persiapan jika mereka perlu membuat kerja kursus berbentuk buku skrap yang mana bahan-bahan perlu dicari di dalam internet dan isi kandungan pula perlu ditaip di Microsoft Word.
• Berkongsi tentang sejarah penubuhan PEDi Kampung Fikri


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Seramai 10 orang peserta mendaftarkan diri untuk bengkel ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Kebanyakan mereka terdiri daripada ahli PEDi Kampung Fikri.
• Bengkel ini merangkumi 2 sesi iaitu sesi pagi dan juga sesi petang. Pengurus dan Penolong Pengurus bergilir-gilir mengajar mereka. Bengkel ini diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
• Pada akhir bengkel, mereka berjaya menguasai beberapa aplikasi Microsoft Office seperti Word, Power Point dan juga Excel.
• Sesi soal jawab diadakan bersama peserta untuk menguji kefahaman mereka terhadap isi kandungan yang diajar.
• Sesi pembahagian cenderahati diatas kerjasama dan kehadiran mereka selama 1 bulan bengkel komputer ini berjalan menjadi penutup majlis.


Kelebihan Aktiviti :
• Para peserta dapat belajar cara menggunakan Microsoft Office dengan betul.
• Mengisi masa terluang peserta sepanjang cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah.
• Dapat merapatkan silaturahim antara staf dan pelajar-pelajar ini.
• Sebagai peluang untuk para peserta menjadi ahli PEDi Kampung Fikri bagi mereka yang belum mendaftar sebagai ahli lagi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :