TUTORIAL ONLINE PENGGUNAAN GOOGLE MEET

Aktiviti terkini |31 Januari 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan pada setiap bulan oleh Pusat Internet.
• Menggalakkan dan mempertingkatkan kemahiran ICT dalam kalangan komuniti tanpa perlu hadir secara langsung ke Pusat Internet.
• Memberi panduan kepada guru dan murid bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr) dan pekerja menjalankan persidangan video atau mesyuarat secara online.
• Membantu usaha kerajaan bagi menerapkan norma baharu dalam kalangan komuniti bersesuaian dengan situasi wabak COVID-19.
• Menjadikan Pusat Internet sebagai platform atau landasan bagi komuniti mempelajari kemahiran ICT secara atas talian.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Satu video tutorial pembelajaran kemahiran ICT berkaitan Google Meet telah dimuat naik di Facebook page dan Facebook PIK Kg Fikri.
• Video tutorial memaparkan panduan kepada pengguna secara terperinci bagi menggunakan aplikasi Google Meet melalui telefon bimbit.
• Langkah demi langkah ditunjukkan bermula daripada cara memuat turun aplikasi tersebut melalui gedung permainan Play Store, cara membuat perjumpaan baru atau new meeting dan perkongsian pautan melalui media social bagi menjumput peserta lain untuk turut serta.
• Tutorial tersebut menyediakan panduan yang amat mudah difahami dan ringkas untuk diikuti semua pengguna terutamanya para beginner dan mereka yang kurang kemahiran ICT.


Kelebihan Aktiviti :
• Pembelajaran asas ICT yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat pembelajaran dan video tutorial tersebut boleh dijadikan bahan rujukan secara atas talian.
• Memberi peluang kepada komuniti yang tidak bersekempatan menghadiri kelas ICT secara formal sebelum ini di Pusat Internet untuk turut serta mempelajari asas ICT.
• Penganjuran kelas secara online melalui video yang ringkas dan kreatif dapat menarik lebih ramai peserta dan capaian peserta lebih meluas.
• Memberi kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan pembelajaran ICT.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :