TUTORIAL PENDAFTARAN JANJI TEMU DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Aktiviti terkini |13 Jun 2021

Tempat Aktiviti:
Secara online

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu Pusat Internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Memudahkan komuniti untuk membuat pendaftaran janji temu di JPN dengan hanya menonton video tutorial yang disediakan.
• Memudahkan urusan komuniti untuk mendapatkan sebarang khidmat di JPN.
• Memperkenalkan sistem pendaftaran janji temu secara online kepada komuniti


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Video tutorial sistem temu janji secara online ini mula dimuatnaik di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri pada 13 Jun 2021.
• Video ini disebarkan kepada orang ramai melalui pelbagai media sosial seperti di Facebook dan juga Whatsapp.
• Ramai yang bertanyakan cara-cara pendaftaran tersebut, tak kurang juga yang ingin meminta pertolongan untuk membuat pendaftaran untuk mereka.
• Hasil daripada itu, video tutorial tersebut telah mendapat 446 views, 426 estimated reach dan 36 post engagement.
• Jadi, ini membuktikan video tutorial ini sangat memberi pengetahuan yang baru kepada komuniti terutama penduduk sekitar tentang pendaftaran janji temu ini .
• Ini disebabkan oleh, Pusat Internet tidak boleh beroperasi, jadi penduduk sekitar tidak boleh mendapatkan pertolongan secara berdepan.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menolong mereka yang tidak tahu cara mendaftar janji temu di JPN untuk urusan seperti pendaftaran kad pengenalan, pendaftaran sijil lahir dan sebagainya.
• Dapat berkongsi ilmu dengan mereka yang tidak tahu bahawa sebarang urusan di JPN hanya melalui janji temu pada waktu sekarang dan berkongsi tutorial untuk mendapatkan janji temu btersebut.
• Dapat mewarwarkan kepada komuniti tentang sistem pendaftaran janji temu di JPN. Dalam pada masa yang sama, komuniti boleh mendapatkan banyak informasi seperti apa perkhidmatan yang boleh dibuat, bolehkan tarikh janji temu diubah dan sebagainya di sistem pendaftaran janji temu JPN


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :