PERTANDINGAN KUIZ “CELIK IT”

Aktiviti terkini |27 Mac 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kg Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan pada setiap bulan oleh Pusat Internet.
• Menguji pengetahuan ICT para peserta.
• Memanfaatkan waktu cuti sekolah peserta dengan aktiviti yang berfaedah yang dianjurkan oleh Pik Fikri.
• Memperkenalkan Pusat Internet sebagai platform atau landasan bagi komuniti atau kanak- kanak mempelajari kemahiran ICT.
• Menggalakkan keahlian baru daripada peserta yang belum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Fikri.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula pada jam 10.00 pagi dengan sesi pendaftaran para peserta.
• Tepat jam 10.30 pagi, program dimulakan dengan sedikit pengenalan kepada Pusat Internet Kg Fikri serta tayangan video berkaitan ICT.
• Kuiz “Celik IT” dimulakan pada jam 11.15 pagi.
• Program tamat pada jam 12.00 tengahari dengan sesi penyampaian hadiah serta sesi bergambar bersama peserta.


Kelebihan Aktiviti :
• Menguar-uarkan mengenai penubuhan Pusat Internet dan perkhidmatan serta fasiliti yang disediakan.
• Memberi kesedaran dan pendidikan tentang penggunaan internet yang selamat dan bijak kepada kanak-kanak pada peringkat awal.
• Menarik minat peserta untuk menjadi ahli Pusat Internet dan meningkatkan jumlah pengunjung yang hadir ke Pusat Internet.
• Mengisi masa lapang para peserta pada hujung minggu dengan menyertai program yang berfaedah.
• Merupakan salah satu cara bagi mengeratkan hubungan antara staf Pusat Internet dan ahli pusat internet melalui program yang diadakan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :