PENDAFTARAN BARCODE MYSEJAHTERA UNTUK KEDIAMAN & KEDAI

Aktiviti terkini |11 Mei 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu Pusat Internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Memudahkan penduduk sekitar untuk membuat pendaftaran dan mencetak barcode MySejahtera dengan hanya berkunjung ke Pusat Internet sahaja.
• Sebagai langkah persediaan untuk kediaman dan kedai masing-masing
• Tetamu dan pelanggan tidak perlu lagi menulis nama di buku log, hanya perlu ’scan’ di barcode MySejahtera sahaja.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Hebahan berkenaan pendaftaran ini mula dijalankan seminggu sebelum hari raya yang melibatkan pengunjung dan penduduk di sekitar Kampung Fikri dan kampung-kampung berdekatan.
• Hebahan dijalankan melalui makluman di media sosial yakni di Facebook dan Whatsapp.
• Ramai yang bertanyakan cara-cara pendaftaran tersebut, tak kurang juga yang ingin meminta pertolongan berkenaan aplikasi MySejahtera seperti menambah bilangan tangungan dan mengesan kes Covid di kawasan sekitar.
• Seramai 10 orang telah datang untuk mendapatkan perkhidmatan pendaftaran barcode MySejahtera ini.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menolong mereka yang tidak tahu cara mendaftar barcode MySejahtera untuk kediaman dan kedai masing-masing.
• Dapat berkongsi ilmu dengan mereka yang tidak tahu akan kepentingan memuat turun aplikasi MySejahtera dan memaparkan barcode terutama sekali dengan keadaan kes yang sentiasa meningkat saban hari.
• Penduduk sekitar tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan khidmat pendaftaran. Mereka perlu datang ke Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri sahaja dan proses pendaftaran pula dilakukan secara percuma.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :