CARA SEMAK LIPUTAN INTERNET DI KAWASAN SEKITAR
Aktiviti terkini |11 September 2021Tempat Aktiviti:
Secara online (Video tutorial)
Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu Pusat Internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Memperkenalkan laman web ”JENDELA” kepada orang ramai yang ditubuhkan untuk memberikan liputan yang lebih luas dan kualiti pengalaman jalur lebar yang lebih baik untuk rakyat sekaligus mempersiapkan negara untuk teknologi 5G.
• Memberi pendedahan kepada orang ramai cara untuk menyemak liputan internet di kawasan masing-masing.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Staf memuat naik video tutorial yang berdurasi selama 2 minit 41 saat pada 11 September 2021 di page Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri.
• Video tutorial ini menunjukkan cara-cara untuk menyemak liputan internet di kawasan masing-masing menggunakan website / aplikasi JENDELA.
• Staf telah mewarwarkan tentang video tutorial ini supaya orang ramai dapat mengetahui yang kita boleh menyemak status liputan internet di kawasan masing-masing dan turut disebarkan melalui pelbagai media sosial seperti di Facebook dan juga Whatsapp.
• Ini disebabkan oleh ramai yang telah melanggan internet dan kemudian mengadu di kawasan mereka liputan internet tiada atau perlahan. Jadi, staf menunjukkan cara supaya mereka dapat menyemak terlebih dahulu liputan internet di kawasan mereka sebelum mereka membeli no telefon untuk digunakan.
• Hasil daripada itu, video tutorial ini telah mendapat 112 views, 164 estimated reach dan 13 post engagement.
• Jadi, ini membuktikan video tutorial ini sangat memberi pengetahuan kepada orang ramai terutama kepada mereka yang belum tahu cara untuk menyemak liputan internet di kawasan masing-masing.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat berkongsi cara untuk menyemak liputan internet di kawasan masing- masing yang kebanyakannya belum mengetahui cara ini.
• Dapat mewarwarkan kepada orang ramai tentang kewujudan laman web / aplikasi ”JENDELA” ini yang sememangnya sangat bermanfaat untuk diguna pakai kerana ianya memberikan liputan yang lebih luas dan kualiti pengalaman jalur lebar yang lebih baik untuk orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :