Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kg. Fikri, Setiu, Terengganu dibuka pada 1962 oleh Menteri Menteri Besar Terengganu, Dr Ibrahim Fikri. Sebelum Kg. Fikri dibuka, penduduk tinggal di Kg. Payang, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai.

Kini sebahagian kawasan Kampung Payang menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Nama Fikri diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu yang telah bertanggunjawab membuka dan memberikan tanah kepada penduduk Kg Payang untuk tinggal di Kg Fikri. Kampung Payang menjadi persingahan peniaga-peniaga untuk menghantar barangan perniagaan mereka di daerah Setiu dan Besut ketika itu. Terdapat lebih 600 buah rumah di Kampung Payang ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


kuiz Microsoft Word

16 Dec 2014 | Aktiviti Terkini

Kuiz microsoft word ini telah diadakan pada hari jumaat sebelah petang... baca selanjutnya

Gotong-Royong Banjir

21 November 2014 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk membersihkan kawasan dalam PI1M setelah berlakunya kejadian banjir. Aktiviti melibatkan murid sekolah rendah secara sukarela dan... baca selanjutnya

Pertandingan Menaip Dokumen Excel

31 Oktober 2014 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah sahaja. Dalam pertandingan ini, murid dikehendaki menyalin semula dokumen excel seperti yang dipaparkan di... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Fikri

10 September 2014 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka PI1M Fikri bertujuan melahirkan rasa terima kasih dan juga tanda penghargaan kepada pelanggan serta penduduk setempat yang menyokong kami dan... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Melibatkan Murid Tahun 5 SK Fikri

2014 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan memdedahkan murid sekolah cara yang betul dan bermanfaat dalam menggunakan kemudahan internet supaya... baca selanjutnya

Pertandingan membuat kad Hari Raya aidilfitri & Pertandingan membuat Esei sempena Bulan Ramadhan Dan Syawal

18 Julai 2014 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini diadakan bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pada waktu itu. Seramai kira-kira 15 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara ini. Segala peralatan disediakan oleh pihak PI1M... baca selanjutnya

Program Pengenalan Komputer Bersama Murid Pra-sekolah Kg Saujana

29 Jun 2014 | Aktiviti Terkini

Program ini diadakan bagi mendedahkan kanak-kanak berkenaan teknologi komputer, perkakasannya, serta fungsi dalam kehidupan seharian. Aktiviti merangkumi penyampaian slide pengenalan komputer, aktiviti mengisi tempat kosong dan aktiviti mewarna... baca selanjutnya

Program Pengenalan Komputer Bersama Murid Pra-sekolah Kg Fikri

26 Jun 2014 | Aktiviti Terkini

Program pengenalan komputer ini diadakan bagi mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan perkakasan dan fungsi komputer. Seramai kira-kira 25 orang murid pra-sekolah terlibat dalam aktiviti ini... baca selanjutnya

Pertandingan sudoku

30 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini disertai oleh lapan orang peserta sahaja dimana kesemua peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kesemua peserta harus menjawab lima soalan sudoku sahaja... baca selanjutnya

Aktiviti Gotong Royong

16 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Program gotong royong ini diadakan pada pagi jumaat 16 Mei 2014. Seramai kira-kira 20 orang yang telah terbababit dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini.

lagi berita & aktiviti