Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kg. Fikri, Setiu, Terengganu dibuka pada 1962 oleh Menteri Menteri Besar Terengganu, Dr Ibrahim Fikri. Sebelum Kg. Fikri dibuka, penduduk tinggal di Kg. Payang, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai.

Kini sebahagian kawasan Kampung Payang menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Nama Fikri diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu yang telah bertanggunjawab membuka dan memberikan tanah kepada penduduk Kg Payang untuk tinggal di Kg Fikri. Kampung Payang menjadi persingahan peniaga-peniaga untuk menghantar barangan perniagaan mereka di daerah Setiu dan Besut ketika itu. Terdapat lebih 600 buah rumah di Kampung Payang ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


Program Pengenalan Komputer Untuk Kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun

27 DIS 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas kepada kanak-kanak mengenai komputer. Aktiviti bermula kira-kira jam 10.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari..... baca selanjutnya

Kursus Komputer

15 & 16 NOV 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas mengenai microsoft excel dan microsoft word. Program bermula kira-kira jam 9.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Satu Malaysia Kg Fikri

24 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Hari terbuka pusat internet satu malaysia kg fikri diadakan pada 24 oktober (sabtu). Acara pada waktu pagi dijalankan di kawasan pusat internet satu malaysia, manakala untuk acara pada waktu petang yang melibatkan aktiviti outdoor diadakan di kawasan balai raya kg fikri. Komuniti yang hadir pada hari tersebut melibatkan penduduk kampung fikri dan juga penduduk kampung lain yang terdekat... baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya Aidilfitri & Kuiz Klik Dengan Bijak

7 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan pengunjung pusat internet satu malaysia yang telah menggunakan perkhidmatan internet dan juga perkhidmatan lain yang terdapat di pusat internet satu malaysia ini... baca selanjutnya

Kuiz Ramadhan & Kuiz Klik Dengan Bijak

25 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kefahaman pengguna tentang ibadah puasa pada bulan ramadhan di samping menguji mereka tentang klik dengan bijak... baca selanjutnya

Pertandingan Membuat Kad Hari Dan Hari Guru

22 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan pengguna tentang penghasilan sesuatu kad menggunakan aplikasi komputer... baca selanjutnya

Aktiviti bersama masyarakat di majlis perasmian balai raya kg fikri

10 April 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara staf pusat internet dengan penduduk kampung sekitar... baca selanjutnya

Pertandingan Game Typing Shark

13 Mac 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Game Typing Shark ini telah diadakan pada pagi hari jumaat. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih pengguna menaip dengan cepat dan tepat... baca selanjutnya

Pertandingan menaip dokumen excel

13 Feb 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Menaip dokumen excel ini telah diadakan pada pagi hari jumaat. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kefahaman pengguna tentang microsoft excel... baca selanjutnya

Kuiz Maulidur Rasul

30 Jan 2015 | Aktiviti Terkini

Kuiz microsoft word ini telah diadakan pada pagi hari jumaat. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kefahaman serba sedikit berkenaan dengan sambutan Maulidur Rasul... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti