Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kg. Fikri, Setiu, Terengganu dibuka pada 1962 oleh Menteri Menteri Besar Terengganu, Dr Ibrahim Fikri. Sebelum Kg. Fikri dibuka, penduduk tinggal di Kg. Payang, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai.

Kini sebahagian kawasan Kampung Payang menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Nama Fikri diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu yang telah bertanggunjawab membuka dan memberikan tanah kepada penduduk Kg Payang untuk tinggal di Kg Fikri. Kampung Payang menjadi persingahan peniaga-peniaga untuk menghantar barangan perniagaan mereka di daerah Setiu dan Besut ketika itu. Terdapat lebih 600 buah rumah di Kampung Payang ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2018

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet (PI) Kg Fikri telah berlangsung pada 22 Disember 2018 dan menjadikan PI Kampung Fikri sebagai lokasi program. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Sepanjang program dijalankan, terdapat 5 aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut iaitu aktiviti “Dam Ular Gergasi” dan aktiviti “Tiupan Halilintar” bagi kanak-kanak, aktiviti “Kuiz Klik Dengan Bijak Bersama Kahoot” bagi remaja, aktiviti “Gubahan Kahwin Berasaskan Tuala” bagi dewasa dan aktiviti cabutan bertuah yang dibuka kepada semua pengunjung. Program tahunan ini telah berjaya menarik kehadiran hampir 100 orang pengunjung yang terdiri daripada komuniti setempat....baca selanjutnya

'BACK TO 90s'

Aktiviti Terkini | 23 November 2018

Seramai 12 orang peserta telah terlibat dalam program yang diadakan ini. Program ini melibatkan sejenis permainan tradisional teng-teng yang mana setiap kumpulan dikehendaki melompat ke dalam petak-petak yang telah disediakan dengan sebelah kaki daripada petak pertama sehingga petak terakhir. Terdapat tugasan misteri yang perlu dilaksanakan oleh peserta sepanjang permainan bagi membolehkan mereka melompat ke petak seterusnya. Kesemua tugasan melibatkan penggunaan komputer dan internet. Tempoh masa permainan bagi setiap kumpulan dicatatkan dan setiap tugasan dinilai bagi menentukan pemenang permainan....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM CSR BERSAMA MURID TAHAP 2 SK FIKRI

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2018

Program ini dinamakan “Corporate Social Responsibility” (CSR) dan melibatkan murid tahap 2 Sk Kg Fikri. Terdapat 3 modul yang telah disediakan sepanjang program berlangsung iaitu modul Tahukah Anda?, Lukisan Berantai dan Wonderpet. Setelah selesai kesemua modul, program diakhiri dengan sesi fotografi bersama murid serta guru pengiring dan sesi interview pendek bersama staf Pusat Internet untuk majalah Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri....baca selanjutnya

MENCIPTA ORIGAMI HAIWAN KREATIF

Aktiviti Terkini | 28 September 2018

Peserta dikehendaki menghasilkan origami melalui tutorial di dalam youtube. Alatan untuk membuat origami disediakan oleh Pusat Internet. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menyertai aktiviti ini....baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA @KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2018

Program bermula pada pukul 9 pagi dan semua peserta yang terlibat dengan program berkumpul di Homestay Fikri Wetland. Agensi yang terlibat di dalam program ini adalah PI Kg Fikri, Komuniti Kg Fikri, SK Kg Fikri dan juga Pejabat Penerangan Daerah Setiu....baca selanjutnya

BENGKEL E-USAHAWAN BERSAMA MDEC

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018

Bengkel E-Usahawan Bersama MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini merupakan kerjasama di antara PI Kg Banggol dan Kg. Fikri. Program ini telah dilaksanakan di Pusat Internet Kampung Fikri memandangkan keluasan ”Training Room” yang mampu untuk menampung jumlah yang ramai. Seramai 20 orang peserta, yang mana 10 orang peserta sekitar Kampung Banggol serta 10 orang peserta dari Kampung Fikri yang terlibat dalam program ini. Tenaga pengajar dari MDEC yang bertanggungjawab untuk latihan keusahawanan ialah seramai 2 orang....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Program bermula pada jam 9.00 pagi dan dimulakan dengan menyambut kehadiran para pengunjung dari PI Kg Banggol dan juga PI Kg Fikri. Sebelum tetamu mula menjamu selera, bacaan doa daripada ahli PI Kg Banggol dilakukan terlebih dahulu bagi memberkati majlis....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD & SAMPUL RAYA KREATIF

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Program bermula pada jam 9.30 pagi dan dimulakan dengan penerangan kepada para peserta tentang program yang akan berlangsung pada pagi itu. Aktiviti dimulakan dengan pertandingan membuat kad raya terlebih dahulu. Sebelum tu, peserta yang tidak mempunyai idea atau tidak tahu bagaimana untuk menghasilkan kad raya yang kreatif, mereka dibenarkan untuk menggunakan pc dan melihat tutorial di youtube....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & PROGRAM USAHAWAN DI PEKAN BUDAYA PANTAI RHU 10, SETIU

Aktiviti Terkini | 18 - 25 April 2018

Satu program advokasi telah dijalankan di Pekan Budaya Daerah Setiu dengan kerjasama antara PI1M Kg. Banggol dan PI1M Kg. Fikri bertempat di Tapak Karnival Rhu 10 bersempena dengan Pekan Budaya daerah Setiu yang berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 18 sehingga 21 April 2018. Mendapat jemputan daripada Pejabat Pertanian, program advokasi telah berjaya dilaksanakan dan mencapai sasaran iaitu seramai 400 penyertaan daripada pengunjung. Sepanjang program, sambutan amat menggalakkan. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah penerangan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) dan program usahawan, kuiz KDB, kuiz usahawan, ‘puzzle games’ dan teka jumlah gula-gula....baca selanjutnya

PENGENALAN KEPADA DUNIA ICT & KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA MURID TADIKA KG FIKRI

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2018

Murid- murid tadika dapat mempelajari “Education Games” secara atas talian yang mampu melatih tangan mereka tentang cara-cara memegang dan meng’klik’ tetikus dengan betul....baca selanjutnya

HARI KOMUNITI BERSAMA KWSP

Aktiviti Terkini | 03 Februari 2018

Sambutan yang diterima daripada penduduk setempat amat menggalakkan. Pihak KWSP Kuala Terengganu juga tidak menyangka sambutan penduduk setempat amat menggalakkan. Para pengunjung berpuas hati dengan layanan yang diterima daripada pihak KWSP dan juga pihak PI1M Kg Fikri, lebih-lebih lagi kepada mereka yang pertama kali datang ke pi1m Kg Fikri ini....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT ORIGAMI & MENCIPTA VIDEO KREATIF

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2018

Pertandingan ini dapat menguji kreativiti para peserta dalam menghasilkan origami dan juga mengedit video yang kreatif dan melatih kemahiran para peserta dalam menggunakan teknologi ICT dengan lebih baik.....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti