Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kg. Fikri, Setiu, Terengganu dibuka pada 1962 oleh Menteri Menteri Besar Terengganu, Dr Ibrahim Fikri. Sebelum Kg. Fikri dibuka, penduduk tinggal di Kg. Payang, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai.

Kini sebahagian kawasan Kampung Payang menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Nama Fikri diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu yang telah bertanggunjawab membuka dan memberikan tanah kepada penduduk Kg Payang untuk tinggal di Kg Fikri. Kampung Payang menjadi persingahan peniaga-peniaga untuk menghantar barangan perniagaan mereka di daerah Setiu dan Besut ketika itu. Terdapat lebih 600 buah rumah di Kampung Payang ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KURSUS ASAS KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 08 Disember 2019

Kursus Asas Komputer Musim Cuti Sekolah diadakan sebagai program bulanan bagi bulan Disember. Objektif utama penganjuran program ini bagi memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer melalui pembelajaran yang diberikan secara percuma oleh Pusat Internet (PI). Program ini telah dijalankan pada 8 Disember 2019 bertempat di PI Kg Fikri. Kursus pendek yang dianjurkan ini telah bermula pada jam 10.30 pagi dengan kehadiran para peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah. Program ini melibatkan staf PI sebagai tenaga pengajar. Terdapat 2 sesi yang dijalankan dalam kursus pendek asas komputer ini iaitu sesi pertama merupakan pengenalan kepada Pusat Internet Kg Fikri dan sesi kedua melibatkan pembelajaran modul Microsoft Office Word. Kursus tamat pada jam 1.00 petang setelah selesai semua modul....baca selanjutnya

BIJAK SIFIR

Aktiviti Terkini | 30 November 2019

Menyedari kepentingan penguasaan sifir sebagai asas utama dalam menyelesaikan masalah Matematik bagi para pelajar, PI Kg Fikri telah mengambil peluang melaksanakan Program Bijak Sifir pada bulan ini. Program ini telah dijalankan pada 23 November 2019 bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di PI Kg Fikri. Penglibatan peserta terdiri daripada murid-murid tahun 1 sehingga tahun 6....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KOLAJ DEEPAVALI

Aktiviti Terkini | 25 Oktober 2019

Program yang dianjurkan ini bertujuan bagi memeriahkan sambutan perayaan Deepavali yang disambut pada bulan ini oleh kaum India di samping memperkenalkan perbezaan budaya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Pertandingan bermula pada jam 3.00 petang. Seramai 5 kumpulan yang terdiri daripada murid sekolah rendah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Para peserta dikendaki menghasilkan kolaj yang bertemakan kolam Deepavali. Tiga kolaj yang paling kreatif dan menarik telah dipilih sebagai pemenang pertandingan. Program tamat pada jam 5.00 petang. Diharapkan dengan penganjuran program sebegini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dalam menyemai semangat perpaduan dan menerapkan nilai murni sepanjang penyertaan dalam pertandingan ini....baca selanjutnya

KURSUS AGROBAZAAR ONLINE BERSAMA FAMA

Aktiviti Terkini | 21 September 2019

Kursus Agrobazaar Online merupakan sebuah program keusahawanan yang dianjurkan oleh PI Kg Fikri bersama pihak FAMA Negeri Terengganu. Program ini telah diadakan pada 21 September 2019 pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program kerjasama yang julung kali dilaksanakan bersama pihak FAMA ini bertujuan untuk menggalakkan usahawan menjalankan perniagaan mereka menggunakan portal Agrobazaar Online....baca selanjutnya

LUKISAN MERDEKA

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2019

Sempena menyambut hari kemerdekaan ke-62, PI Kampung Fikri telah mengadakan pertandingan Lukisan Merdeka sebagai program bulanan bagi bulan Ogos. Pertandingan ini telah diadakan pada 23 Ogos 2019 bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang Menjadikan PI Kg Fikri sebagai lokasi pertandingan, seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam program tersebut. Para peserta dikehendaki untuk melukis lukisan yang bertemakan kemerdekaan di atas pinggan kertas yang telah disediakan dan mereka diwajibkan untuk menyertakan logo kemerdekaan pada tahun ini iaitu “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”. Kemudian, peserta perlu mewarna dan menghias pinggan kertas yang telah siap dilukis. Tiga orang peserta yang berjaya menghasilkan lukisan merdeka yang paling kreatif, cantik dan memenuhi kriteria pertandingan telah dipilih sebagai pemenang. Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang dan tidak dilupakan sesi bergambar bersama semua peserta....baca selanjutnya

D.I.Y TOPENG MUKA KREATIF

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2019

PI Kg Fikri telah menganjurkan program bulanan yang berkonsepkan karya kreatif dan inovatif iaitu D.I.Y Topeng Muka Kreatif. Program ini telah diadakan pada 19 Julai 2019 dan bermula pada jam 10.00 pagi. Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Tempoh masa selama 1 jam setengah telah diperuntukkan kepada para peserta bagi menyiapkan topeng. Setelah selesai sesi menghasilkan topeng, mereka diminta untuk memperagakan topeng ciptaan masing-masing untuk diadili. Pemenang telah dipilih berdasarkan nilai kreativiti, kecantikan dan kekemasan topeng yang dihasilkan. Program tamat pada jam 12.30 tengahari seusai sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi bergambar dijalankan....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFTRI

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2019

Pusat Internet Kampung Banggol telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Kampung Fikri untuk mengadakan program ”Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019” bertempat di Pusat Internet Kampung Fikri. Program ini berlangsung pada 21 Jun 2019 iaitu pada hari Jumaat. Kami telah menjemput semua ahli pusat internet untuk hadir ke jamuan ini. Program ini bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari....baca selanjutnya

TAYANGAN TELEFILEM VIRAL ALAM MAYA

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2019

Program yang dianjurkan oleh PI Kampung Fikri pada bulan ini ialah aktiviti tayangan telefilem “Viral Alam Maya”. Program yang dilakukan sempena bulan Ramadan ini memaparkan unsur utama Klik Dengan Bijak (KDB) yang memberi mesej pengajaran dan manfaat kepada para peserta. Program ini bermula pada jam 9.30 pagi kemudiannya tamat pada jam 1.00 petang. Tayangan telefilem ini telah diadakan di bilik latihan komputer PI Kg Fikri. Seramai 14 orang peserta telah menyertai program tayangan tersebut. Selesai sesi tayangan telefilem para peserta akan diuji dalam sesi soal jawab. Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar bersama pemenang....baca selanjutnya

KOMUNITI BERSAMA KWSP DI PI KG FIKRI

Aktiviti Terkini | 13 April 2019

Pada bulan ini Pusat Internet Kampung Fikri telah mengadakan program Komuniti Bersama Kumpulan KWSP di PI Kg Fikri sebagai program bulanan bagi bulan April. Program bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Program yang kali kedua dianjurkan oleh PI Kg Fikri dengan kerjasama pihak KWSP Kuala Terengganu ini merupakan sebuah program yang melibatkan perkhidmatan pasukan mobile KWSP. Seramai 3 orang staf dari pasukan mobile KWSP telah terlibat sepanjang program berlangsung. Dalam program ini pasukan mobile KWSP telah membuka kaunter di pusat internet bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan KWSP kepada komuniti setempat. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat....baca selanjutnya

‘DDAKJI CHALLENGE’

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Program yang kami lakukan pada bulan ini ialah “Ddakji Challenge” yang di inspirasikan daripada sebuah rancangan televisyen Running Man iaitu melibatkan permainan tradisional Korea Selatan. Seramai 30 orang peserta yang majoritinya terdiri daripada murid sekolah yang berumur daripada 7 tahun sehingga 15 tahun telah mengambil bahagian dalam program ini. Program bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Terdapat dua aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung iaitu aktiviti menghasilkan lipatan kertas yang dinamakan “Ddakji” melalui tutorial di dalam Youtube atau laman web dan aktiviti kedua merupakan perlawanan Ddakji antara kumpulan. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi bergambar....baca selanjutnya

Bengkel Usahawan Bersama Mara

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Bengkel usahawan ini merupakan program keusahawanan pertama yang melibatkan kerjasama PI Kampung Fikri bersama pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA). Bengkel tersebut telah dijalankan pada 23 Februari 2019 bertempat di PI Kampung Fikri. Program bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada usahawan komuniti setempat telah menyertai bengkel tersebut. ...baca selanjutnya

Pengenalan Kepada Dunia Ict & Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Program ini dijalankan pada 20 Januari 2019 bertempat di Pusat Internet Kampung Fikri. Program bermula pada jam 11.00 pagi dan selesai pada jam 1.15 tengahari. Seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada murid tahap 1 Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri dan 3 orang guru pengiring telah terlibat dalam program tersebut. Terdapat 3 slot yang telah diadakan sepanjang program berlangsung iaitu slot Pengenalan Pusat Internet Kampung Fikri, slot Pengenalan Kepada Dunia ICT dan slot Klik Dengan Bijak. ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti