Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kg. Fikri, Setiu, Terengganu dibuka pada 1962 oleh Menteri Menteri Besar Terengganu, Dr Ibrahim Fikri. Sebelum Kg. Fikri dibuka, penduduk tinggal di Kg. Payang, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai.

Kini sebahagian kawasan Kampung Payang menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Nama Fikri diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu yang telah bertanggunjawab membuka dan memberikan tanah kepada penduduk Kg Payang untuk tinggal di Kg Fikri. Kampung Payang menjadi persingahan peniaga-peniaga untuk menghantar barangan perniagaan mereka di daerah Setiu dan Besut ketika itu. Terdapat lebih 600 buah rumah di Kampung Payang ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 26- 27 Disember 2020

Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) secara atas talian telah dianjurkan oleh PIK Kg Fikri pada 26 dan 27 Disember 2020 di Facebook page Pusat Internet Kg Fikri...baca selanjutnya

TUTORIAL ONLINE MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti Terkini | 22 November 2020

Pada bulan ini, PIK Kg Fikri telah membuat tutorial kelas ICT secara online berikutan pandemik Covid-19...baca selanjutnya

PERTANDINGAN ORIGAMI KREATIF X MIKROBIT

Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2020

Pada bulan ini, PI Kg Fikri telah menganjurkan Pertandingan Origami Kreatif X Mikrobit sebagai program bulan Oktober...baca selanjutnya

BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Mendidik komuniti menggunakan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara bijak dan bermanfaat....baca selanjutnya

KUIZ KEMERDEKAAN 2020

Aktiviti Terkini |28 & 29 Ogos 2020

Meraikan dan memperingati hari kemerdekaan Malaysia yang disambut pada setiap 31 Ogos...baca selanjutnya

TRAINING IN HOUSE “ TEAM DYNAMIC & REFRESHER PROGRAM”

Aktiviti Terkini | 21 - 22 Julai 2020

Meningkatkan kemahiran “softskill” yang diperlukan oleh staf Pusat Internet seperti kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan kerja dalam kumpulan....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2020

Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM yakni setiap Pusat Internet wajib mengadakan program advokasi dengan jumlah sasaran peserta ialah seramai 700 orang....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK MANGKOK, SETIU

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2020

Pada permulaan program, para pelajar diberi pengenalan mengenai pusat internet serta penerangan tentang kemudahan yang terdapat disini. Para juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai cara untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat. Selepas itu, staf pusat internet menerangkan mengenai 3 risiko utama yang mereka akan hadapi jika melayari internet iaitu Cyber Bullying, Cyber Stalking dan Cyber Grooming. Setiap kali tajuk utama berakhir, para pelajar akan diberikan beberapa soalan untuk memastikan mereka faham tentang topik yang disampaikan. Cenderahati turut disediakan kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul....baca selanjutnya

PENGENALAN KEPADA DUNIA ICT

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2020

Program diadakan dengan tujuan memberi pendedahan awal mengenai dunia ICT dan tips keselamatan penggunaan internet kepada murid-murid yang baharu melangkah ke alam persekolahan. Program bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 1.00 petang ini dianjurkan di bilik latihan Komputer PI Kg Fikri. Seramai 17 orang murid tahun 1 dan 2 orang guru pengiring telah terlibat dalam program tersebut. Sepanjang program berlangsung terdapat 3 sesi yang telah diadakan iaitu sesi Pengenalan Kepada Pusat Internet, sesi Pengenalan Kepada Dunia ICT & Advokasi Klik Dengan Bijak dan sesi Jom Melukis dan Mewarna....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti