INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Kampung fikri yang terletak dalam daerah setiu mempunyai jumlah penduduk kampung kira-kira dalam 500 orang. Penduduk kampung majoritinya bekerja sebagai nelayan. Ada juga yang mengusahakan kedai runcit, kedai makan, perusahaan budu, belacan dan ikan bilis. Selain itu, terdapat juga masyarakat kampung yang berkhidmat di sektor awam seperti guru, kerani sekolah dan koperal polis.

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Berdekatan dengan kg fikri, terdapat tempat rekreasi seperti pantai penarik yang terletak di kg penarik. Pantai penarik merupakan sebuah pantai yang sudah tidak asing lagi di Terengganu khususnya penduduk daerah setiu. Pantai ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat berkelah dan bersantai bersama keluarga. Disepanjang pantai ini, terdapat kedai-kedai makan yang menjual makanan seperti sotong goreng, udang goreng, ikan celup tepung, dan sebagainya. Selain itu terdapat juga tempat-tempat peranginan seperti Sutera Beach Resort, Merang Beach Resort, Penarik Inn, Peladang Setiu Agro Resort dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dibawah:

http://pdtsetiu.terengganu.gov.my/?option=com_content&view=article&id=129



Tempat Makan yang Menarik

Di sekitar kg fikri, kedai makan yang paling murah dan sedap adalah kedai makan Kak Mek yang terletak di Kg saujana. Kg Saujana terletak kira-kira hanya 2 kilometer dari Kg Fikri. Selain murah dan sedap, persekitaran kedai makan ini juga adalah bersih. Kedai ini dibuka pada waktu pagi dan petang.



Homestay

Antara resort yang terletak di sekitar kg fikri ini adalah seperti sutera beach resort , merang beach resort , merang suria resort, blue coral island resort, D’coconut island resort, lang sari resort dan sebagainya. Manakala antara contoh homestay yang terdapat di sekitar kg fikri adalah Homestay Kg Rhu 10.


Sutera Beach Resort

Kemudahan Awam
Balai Polis
Klinik
Pejabat Pos
Perpustakaan
Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg Fikri , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri memiliki 74 pelajar lelaki dan 64 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 138 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.

Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri
Kg Fikri , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = +6 09-602 1207
Fax = +6 09-602 1354

Kisah Kejayaan
Nama : Rozilawati binti Ramli
Alamat : Kg Saujana Setiu Terengganu
No. Telefon : 011-21981638
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2016

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Saya adalah seorang suri rumah tangga. Mempunyai seorang suami dan 2 orang cahayamata lelaki. saya menjual kuih bunga ros ini sudah hampir 4 tahun yang lalu. Selain kuih bunga ros, saya juga membuat dan menjual popia ikat. Saya cuma berniaga secara offline sahaja dimana jual kepada rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja. Selain itu juga saya turut menjual kuih tersebut disekolah anak-anak saya kerana mendapat tempahan daripada guru mereka.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Selepas belajar cara-cara untuk mempromosikan barang jualan di FB ads dan instagram, permintaan dan juga tempahan daripada masyarakat setempat makin meningkat dari masa ke semasa. Selepas itu barulah saya menambah menu kuih saya iaitu Popia Ikat Kasih. Alhamdulillah saya juga mendapat tempahan untuk kuih ini.




Nama : Muhammad Farez Haikal bin Din
Alamat : Kampung Fikri, 22110 Setiu, Terengganu
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Muhammad Farez Haikal merupakan murid tahun 4 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri. Beliau baru saja berpindah ke Kampung Fikri pada bulan Mei tahun lepas. Merupakan anak ketiga daripada enam beradik dan aktif dengan aktiviti sukan di sekolah. Semasa beliau bersekolah di sekolah lama, beliau tidak pernah mendapat pendedahan formal akan penggunaan ICT malahan tiada waktu kelas yang memerlukan beliau ke makmal komputer. Di kampung nya juga tiada kemudahan pusat internet sepertimana di sini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Selepas pindah ke Kampung Fikri, beliau diajak oleh rakan nya untuk berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital Fikri. Kemudian apabila melihat rakan-rakan nya yang lain menyertai kelas ICT dan mendapat PC percuma untuk sejam penggunaan, beliau pun mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli. Sejak daripada itu, beliau menjadi pengungjung pusat internet yang paling aktif terlibat dengan program dan kelas ICT yang dianjurkan disini. Boleh dikatakan hari-hari beliau datang ke pusat internet sambil membawa adik beradik nya yang lain juga.

Keusahawanan

USAHAWAN KEROPOK LEKOR


Profil
NAMA : KARINI BIN MUDA
NO TELEFON : 010 – 9271772
ALAMAT : KG KUALA SETIU 22050 SETIU TRG
TARIKH MULA BERNIAGA : OKTOBER 2011


Produk yang dipasarkan :
KEROPOK LEKOR , KEROPOK KEPING, KEROPOK GORENG
Blog Dan FB :
BLOG=Tiada
FB : https://www.facebook.com/Keropok-Kuala-Setiu (keropok kuala setiu)





USAHAWAN BUDU & BELACAN

Profil :
NAMA : CHUA CHIN LIEW
NO TELEFON : 0169443127
ALAMAT : NO 11 KG FIKRI 22110 SETIU TERENGGANU
TARIKH MULA BERNIAGA : 1984
Produk yang dipasarkan :
BUDU DAN BELACAN (HALAL)
Blog Dan FB : TIADA




USAHAWAN JAHITAN

Profil :
NAMA : CHE SITI NORAIHAN BT MAHMOOD
NO TELEFON : 01139582745
ALAMAT : NO 64 , KG FIKRI 22110 SETIU TRG
TARIKH MULA BERNIAGA : JUN 2011
Produk yang dipasarkan :
Hasil jahitan seperti baju kurung, baju melayu, baju nurse ,langsir, bantal hiasan , instant shawl ,
Blog dan FB :
BLOG = TIADA ,
FB : https://www.facebook.com/chesiti.norraihan ,
IG : jiehan_butik_collection