Klik Dengan Bijak Untuk Komuniti Setempat Berumur 6-13 tahun

Pada 26 FEB 2016 | Jumaat

Program Klik Dengan Bijak ini telah diadakan pada 26 Jan 2016 (Jumaat). Peserta yang terlibat dalam aktiviti ini adalah komuniti setempat yang berumur antara 6 hingga 13 tahun. Aktiviti bermula kira-kira jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira pada jam 11.30 pagi. Program ini dimulakan dengan acara taklimat tentang klik dengan bijak. Untuk acara ini, peserta telah diberi penerangan tentang maksud internet, kegunaan internet, contoh-contoh aktiviti penyelahgunaan internet dan tips-tips menggunakan internet dengan selamat. Setelah acara pemberian taklimat selesai, program diteruskan dengan aktiviti sampingan. Untuk aktiviti sampingan, peserta yang berumur antara 6 hingga 9 tahun telah mengambil bahagian dalam aktviti mewarna menggunakan aplikasi paint, manakala peserta yang berumur antara 10 hingga 13 tahun telag mengambil bahagian dalam aktiviti word search.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti tersebut diadakan:

Manakala yang dibawah pula adalah gambar bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi pertandingan mewarna. Dari kiri adalah Siti Hawani Hidayah Baharudin, Fara Farhana Fauzi dan Shahril Adam Rozali

Manakala yang dibawah pula adalah gambar bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi pertandingan word search. Dari kiri adalah Nurul Aina Ramlan, Nur Izzati Najihah dan Nurul Fatihah Ridzuan