Pertandingan Kolaj

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2016

Tujuan:
1. Kuiz ini diadakan sempena sambutan hari Maulidur Rasul baru-baru ini.
2. Melibatkan pelajar sekolah rendah Kg Fikri.
3. Merupakan aktiviti pusat internet Kg Fikri untuk bulan Disember 2016.
4. Tujuan program untuk memupuk sifat cintakan Rasulullah dan mengingati kembali sirah Nabi Muhamamd SAW.

Butir Berkaitan Aktiviti:
Aktiviti bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.00 pagi. Program dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama bermula pada pukul 9.30 – 10.00 pagi, sesi kedua bermula pada pukul 10.10 – 10.40. Program berakhir dengan sesi pembahagian hadiah pada pukul 11.00 pagi – 11.10 dan kemudian majlis bersurai. Tempat program ialah di bilik latihan komputer.