PROGRAM PENGENALAN E-LEARNING & KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 November 2016

Tujuan:
• Untuk memperkenalkan dan mempromosikan Kelas E-Learning yang dijalankan di PI1M Fikri.
• Untuk memberi taklimat contoh-contoh website E-learning yang boleh digunakan oleh murid-murid sekolah untuk perkembangan pendidikan mereka.
• Untuk memberi taklimat tentang tips menggunakan internet dengan bijak dan selamat.

Butir Berkaitan Aktiviti:
Aktiviti bermula kira-kira pada jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.30 pagi. Program dimulakan dengan taklimat pengenalan e-learning dan aktiviti sampingan iaitu kuiz matematik yang berlangsung selama satu jam bermula 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Taklimat dan kuiz klik dengan bijak diadakan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30.