PERMAINAN ‘ONLINE WORD SEARCH’

Aktiviti terkini | 17 Disember 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 10 pagi. Peserta yang terlibat adalah murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
• Peserta diberi penerangan tentang permainan sebelum permainan dimulakan.
• Para peserta diberikan satu komputer setiap seorang kerana perlu mencari perkataan tersembunyi secara ‘online’.
• Selesai mencari perkataan tersembunyi, para peserta perlu mencari makna perkataan yang ditemui menggunakan ‘google translate’.
• Diakhir program, para peserta diberikan hadiah dan saguhati penyertaan yang berupa alat tulis daripada pihak Pi1M.
• Program berakhir pada puku l 2.00 tengahari.

Tujuan Aktiviti :
• Menguji kemampuan para peserta dalam menyelesaikan masalah ‘word search’.
• Melatih sifat sabar dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
• Dapat mempelajari quiz online yang bermanfaat.
• Dapat mempelajari ‘Google translate’ dan dapat mengetahui makna setiap perkataan yang ditemui.
• Mengeratkan hubungan antara staf pi1m dengan para peserta yang mengambil bahagian.
• Menggalakkan keahlian baru daripada pelajar yang berminat untuk menjadi ahli pusat internet.

Kelebihan Aktiviti :
• Mengasah kemampuan dan menguji ketajaman mata para peserta dalam mencari perkataan tersembunyi.
• Menguji kepantasan peserta dalam menyelesaikan kedua-dua masalah iaitu mencari perkataan tersembunyi dan juga mencari makna perkataan yang dijumpai itu.
• Dapat mengisi masa luang mereka dimusim cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :