Teka Silang Kata & Kuiz Ramadhan Al Mubarak

Aktiviti terkini | 23 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Fikri

Tujuan :
• Mengasah kembali ilmu pengetahuan peserta berkenaan hukum hakam sepanjang berpuasa.
• Melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan peserta terutama soalan bahagian uji minda.
• Untuk pengagihan duit raya kepada peserta. Setiap peserta akan mendapat duit raya namun jumlah nya bergantung kepada kemampuan peserta dalam menjawab soalan.
Butiran Aktiviti :
• Program diadakan pada hari Jumaat (23.06.2017) jam 10.00 pagi. Peserta program terdiri daripada pelajar sekolah rendah (tahap 2) dan pelajar sekolah menengah (menengah rendah).
• Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pertama pelajar sekolah rendah menjawab kuiz dan sesi kedua pelajar sekolah menengah menjawab kuiz.
• Sesi dimulakan dengan pelajar sekolah rendah dahulu kemudian disusuli oleh pelajar sekolah menengah.
• Terdapat peserta yang mendapat markah yang sama, oleh itu mereka telah menduduki sesi ketiga yakni sesi penentuan.
• Program berakhir pada jam 12.00 tengahari termasuk dengan sesi pengagihan duit raya dan bergambar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :