KOMUNITI BERSAMA KWSP DI PI KG FIKRI

Aktiviti terkini | 13 April 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk menggunakan servis KWSP tanpa perlu pergi ke bandar yang mana jaraknya lebih jauh berbanding datang ke Pusat Internet Kampung Fikri.
• Dapat memenuhi permintaan penduduk kampung yang selalu bertanyakan tentang perkhidmatan KWSP disini.
• Mengeratkan hubungan antara staf Pusat Internet dengan para pengunjung yang datang dan juga staf KWSP itu sendiri.
• Memperkenalkan pengunjung baru kepada Pusat Internet Kampung Fikri dan kemudahan yang ada disini.
• Menggalakkan keahlian baru daripada kalangan peserta yang bukan ahli.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi manfaat kepada komuniti setempat terutamanya yang kurang berkemampuan dan sukar mendapatkan perkhidmatan KWSP dengan lebih mudah dan pantas.
• Mengwara-warakan kepada golongan suri rumah yang layak untuk mendaftar i-suri dan juga mereka yang bekerja sendiri untuk melakukan caruman melalui i-sara secara tidak langsung membantu memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
• Memperkenalkan Pusat Internet Kampung Fikri dan kemudahan yang disediakan di sini kepada masyarakat luar terutamanya mereka yang bukan penduduk Kampung Fikri.
• Merapatkan hubungan antara staf pusat internet dan staf KWSP serta komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :