LUKISAN MERDEKA

Aktiviti terkini | 23 Ogos 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Ringkasan Aktiviti :
Sempena menyambut hari kemerdekaan ke-62, PI Kampung Fikri telah mengadakan pertandingan Lukisan Merdeka sebagai program bulanan bagi bulan Ogos. Pertandingan ini telah diadakan pada 23 Ogos 2019 bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang Menjadikan PI Kg Fikri sebagai lokasi pertandingan, seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam program tersebut. Para peserta dikehendaki untuk melukis lukisan yang bertemakan kemerdekaan di atas pinggan kertas yang telah disediakan dan mereka diwajibkan untuk menyertakan logo kemerdekaan pada tahun ini iaitu “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”. Kemudian, peserta perlu mewarna dan menghias pinggan kertas yang telah siap dilukis. Tiga orang peserta yang berjaya menghasilkan lukisan merdeka yang paling kreatif, cantik dan memenuhi kriteria pertandingan telah dipilih sebagai pemenang. Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang dan tidak dilupakan sesi bergambar bersama semua peserta.

Tujuan Aktiviti :
• Meraikan dan memperingati hari kemerdekaan Malaysia yang disambut pada setiap 31 haribulan.
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan setiap bulan di Pusat Internet.
• Menguji kreativiti peserta dalam menghasilkan lukisan kemerdekaan yang unik dan menarik di atas pinggan kertas.
• Memupuk semangat patriotisma dalam kalangan peserta yang bertanding.
• Memanfaatkan waktu hujung minggu peserta dengan melibatkan diri dengan aktiviti bermanfaat yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
• Menggalakkan pendaftaran ahli baru melalui penglibatan peserta yang bukan ahli di dalam program.
• Mempromosikan Pusat Internet Kampung Fikri kepada peserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Mendidik generasi muda untuk menghargai sambutan Bulan Kebangsaan sejak mereka di bangku sekolah.
• Menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan di peringkat kampung.
• Mewujudkan semangat daya saing dan berfikir secara kreatif dalam diri peserta.
• Melibatkan para peserta dengan aktiviti yang berfaedah seterusnya menjadikan pusat internet sebagai pusat kegiatan aktiviti yang bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :