JAMUAN HARI RAYA AIDILFTRI

Aktiviti terkini | 21 Jun 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Ringkasan Aktiviti :
Bagi menghangatkan lagi bulan syawal, Pusat Internet Kampung Banggol telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Kampung Fikri untuk mengadakan program ”Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019” bertempat di Pusat Internet Kampung Fikri. Program ini berlangsung pada 21 Jun 2019 iaitu pada hari Jumaat. Kami telah menjemput semua ahli pusat internet untuk hadir ke jamuan ini. Program ini bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Pelbagai menu yang telah disediakan hasil usaha daripada petugas pusat internet. Antaranya termasuklah Nasi Ayam, Laksa Penang, Laksa Lemak, Spageti, Pulut Kuning, Roti Jala, Pizza, dan sebagainya. Sambutan yang diberikan oleh tetamu amat menggalakkan. Lebih 300 orang tetamu yang hadir dalam memeriahkan jamuan ini. Makanan yang dihidangkan juga habis dijamu oleh para tetamu. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya ukhwah yang terjalin diantara staf pusat internet dengan ahli pusat internet dapat berkekalan. Semoga program ni mampu membawa pusat internet sebagai imej yang baik kepada masyarakat.

Tujuan Aktiviti :
• Pengisian acara bulanan bagi Pusat Internet Kampung Banggol
• Sebagai tanda penghargaan kepada ahli-ahli pusat internet
• Menghangatkan lagi suasana musim perayaan

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara ahli pusat internet dan staf pusat internet

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :