‘DDAKJI CHALLENGE’

Aktiviti terkini | 15 Mac 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Mendedahkan peserta kepada asas origami dan kemahiran berfikir secara kreatif.
• Mengisi masa lapang ahli Pusat Internet dengan aktiviti bermanfaat di hari Jumaat.
• Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan bersaing secara sihat di kalangan peserta.
• Mengeratkan hubungan antara staf dan peserta yang bertanding.
• Memperkenalkan permainan tradisional negara luar yang unik dan menghiburkan.
• Selain dapat bersuka ria, peserta juga dapat mengasah ilmu ICT mereka kerana permainan ini melibatkan kemahiran ICT juga.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mempelajari asas ICT secara tidak langsung melalui penggunaan medium Youtube dan laman web melalui aktiviti yang diadakan.
• Menjadikan pusat internet sebagai pusat aktiviti bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
• Mendedahkan peserta dengan pengetahuan baru mengenai permainan tradisional negara luar dan memberi peluang kepada mereka untuk mencuba permainan tersebut.
• Membina kemahiran insaniah atau softskill dalam diri peserta seperti berfikir secara kreatif, pembahagian tugas dalam kumpulan dan bekerjasama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :