TAYANGAN TELEFILEM VIRAL ALAM MAYA

Aktiviti terkini | 24 Mei 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Mendidik peserta agar menyelidik terlebih dahulu akan kesahihan berita yang diterima sebelum mula menyebarkannya.
• Menyedarkan peserta agar menjadi pengguna media sosial yang bijak.
• Menguji pengetahuan peserta akan nilai dan pengajaran yang mereka peroleh daripada telefilem yang sarat dengan mesej itu.
• Memanfaatkan waktu hujung minggu peserta dengan melibatkan diri dengan aktiviti bermanfaat pada bulan puasa di PI Kg Fikri.
• Mendedahkan kepada peserta tentang bahayanya fitnah di alam maya.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi iktibar dan pengajaran berguna kepada peserta mengenai impak yang akan diperolehi sekiranya menyalahgunakan media sosial.
• Menjadi panduan kepada peserta agar tidak mudah percaya dan senang ditipu dengan sesuatu perkara yang diviralkan dalam media sosial.
• Menerapkan nilai murni ke dalam diri peserta melalui telefilem yang ditayangkan seperti nilai kesyukuran dan tidak memfitnah orang lain.
• Melatih diri peserta dengan sikap fokus dan bersaing secara sihat melalui sesi soal jawab yang dilakukan.
• Menjadikan pusat internet sebagai pusat aktiviti bagi para peserta melakukan kegiatan yang berfaedah dalam mengisi masa lapang pada bulan Ramadan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :