PERTANDINGAN KOLAJ DEEPAVALI

Aktiviti terkini | 25 Oktober 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Ringkasan Aktiviti :
Program yang dianjurkan ini bertujuan bagi memeriahkan sambutan perayaan Deepavali yang disambut pada bulan ini oleh kaum India di samping memperkenalkan perbezaan budaya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Pertandingan bermula pada jam 3.00 petang. Seramai 5 kumpulan yang terdiri daripada murid sekolah rendah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Para peserta dikendaki menghasilkan kolaj yang bertemakan kolam Deepavali. Tiga kolaj yang paling kreatif dan menarik telah dipilih sebagai pemenang pertandingan. Program tamat pada jam 5.00 petang. Diharapkan dengan penganjuran program sebegini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dalam menyemai semangat perpaduan dan menerapkan nilai murni sepanjang penyertaan dalam pertandingan ini.

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang telah digariskan oleh SKMM agar diadakan satu program bulanan pada setiap bulan di Pusat Internet masing-masing.
• Memenuhi waktu hujung minggu ahli Pusat Internet Kampung Fikri dengan menyertai aktiviti bermanfaat yang diadakan di sini.
• Sekadar aktiviti santai sempena hari Deepavali.
• Menguji kreativiti para peserta dalam menghasilkan “Rangoli” yang cantik berdasarkan rujukan di internet.
• Memupuk semangat bersaing secara sihat dalam kalangan kumpulan.
• Mewujudkan semangat bekerja di dalam kumpulan dan bantu membantu di antara ahli.

Kelebihan Aktiviti :
• Meraikan perbezaan masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan mengenali budaya masyarakat lain terutamanya kepada generasi muda sejak mereka kecil lagi.
• Menerapkan nilai-nilai murni dan kemahiran softskill dalam diri peserta yang terlibat seperti berfikir secara kreatif, pembahagian tugas dalam kumpulan dan bekerjasama.
• Mendidik peserta menggunakan platform Youtube dan Google dengan perkara yang bermanfaat.
• Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :