PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 16 Februari 2020

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Bari

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM yakni setiap Pusat Internet wajib mengadakan program advokasi dengan jumlah sasaran peserta ialah seramai 700 orang.
• Memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar mengenai objektif sebenar program advokasi dan menguji kefahaman mereka tentang isi kandungan program melalui sesi soal jawab yang dijalankan.
• Memperkenalkan Pusat Internet kepada pelajar & guru dan matlamat penubuhan pusat internet. Sebelum sesi advokasi bermula, kami akan mengambil sedikit masa untuk tayangan slide berkenaan Pusat Internet Kampung Fikri & Banggol (kemudahan, aktiviti, latihan ICT dan lain-lain).
• Menggalakkan keahlian baru daripada pelajar yang berminat untuk menjadi ahli pusat internet.
• Membina “networking” baru antara pihak Pusat Internet dan juga pihak sekolah.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendidikan tentang penggunaan internet yang selamat dan bijak kepada murid-murid sekolah pada peringkat awal.
• Meningkatkan kesedaran para peserta mengenai jenayah alam siber di media sosial terutamanya yang membabitkan murid sekolah.
• Menguar-uarkan mengenai penubuhan Pusat Internet dan perkhidmatan serta fasiliti yang disediakan.
• Menarik minat peserta untuk menjadi ahli Pusat Internet dan meningkatkan jumlah pengunjung yang hadir ke Pusat Internet.
• Merupakan salah satu cara bagi mengeratkan hubungan antara staf Pusat Internet dan pihak sekolah melalui program yang diadakan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :