TUTORIAL ONLINE MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti terkini |22 November 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan pada setiap bulan oleh Pusat Internet.
• Menggalakkan dan mempertingkatkan kemahiran ICT dalam kalangan komuniti tanpa perlu hadir secara langsung ke Pusat Internet.
• Menjadikan Pusat Internet sebagai platform atau landasan bagi komuniti mempelajari kemahiran ICT secara atas talian.
• Memanfaatkan tempoh PKPB dan PKPP terutamanya kepada golongan pelajar melalui pembelajaran tutorial online yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
• Mempromosikan Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri kepada komuniti.


Butir-butir Berkaitan Aktiviti:
• Sebanyak 2 video tutorial pembelajaran kemahiran ICT berkaitan Microsoft Office Word telah dimuat naik di Facebook page dan Facebook PIK Kg Fikri.
• Tutorial pertama melibatkan pembelajaran asas Microsoft Office Word merangkumi pengenalan ringkas, penggunaan asas dan penerangan secara terperinci bermula dengan cara membuka perisian dan fungsi setiap feature yang disediakan dan tutorial cara penggunaan.
• Manakala, tutorial kedua memfokuskan mengenai penggunaan fungsi Copy, Cut dan Paste yang disediakan dalam perisian Microsoft Office Word beserta tutorial cara penggunaan.
• Kedua-dua video tutorial tersebut menyediakan pembelajaran asas ICT yang mudah difahami, ringkas dan dapat dipelajari oleh semua golongan masyarakat.


Kelebihan Aktiviti :
• Pembelajaran asas ICT yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat pembelajaran dan video tutorial tersebut boleh dijadikan bahan rujukan secara atas talian.
• Memberi peluang kepada komuniti yang tidak bersekempatan menghadiri kelas ICT secara formal sebelum ini di Pusat Internet untuk turut serta mempelajari asas ICT.
• Penganjuran kelas secara online melalui video yang ringkas dan kreatif dapat menarik lebih ramai peserta dan capaian peserta lebih meluas.
• Memberi kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan pembelajaran ICT.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :