PERTANDINGAN MEWARNA POSTER “ TERIMA KASIH BARISAN HADAPAN”

Aktiviti terkini |27 Februari 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kg Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan pada setiap bulan oleh Pusat Internet.
• Mengasah bakat kanak-kanak dalam peraduan mewarna.
• Melahirkan rasa terima kasih kepada petugas – petugas barisan hadapan di kalangan kanak-kanak.
• Sebagai persediaan knak-kanak untuk kembali bersekolah pada 8 Mac 2021.
• Memperkenalkan Pusat Internet sebagai platform atau landasan bagi komuniti atau kanak- kanak mempelajari kemahiran ICT.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula pada jam 10.00 pagi dengan sesi pendaftaran kanak-kanak.
• Tepat jam 10.15 pagi, program dimulakan dengan sedikit pengenalan kepada Pusat Internet Kg Fikri dan penerangan mengenai “Klik Dengan Bijak”
• Pertandingan mewarna dimulakan pada jam 10.30 pagi.
• Program tamat pada jam 12.00 tengahari dengan sesi penyampaian hadiah serta bergambar bersama peserta.


Kelebihan Aktiviti :
• Menguar-uarkan mengenai penubuhan Pusat Internet dan perkhidmatan serta fasiliti yang disediakan.
• Memberi kesedaran dan pendidikan tentang penggunaan internet yang selamat dan bijak kepada kanak-kanak pada peringkat awal.
• Menarik minat peserta untuk menjadi ahli Pusat Internet dan meningkatkan jumlah pengunjung yang hadir ke Pusat Internet.
• Mengisi masa lapang kanak-kanak pada hujung minggu dengan menyertai program yang berfaedah.
• Merupakan salah satu cara bagi mengeratkan hubungan antara staf Pusat Internet dan pihak sekolah melalui program yang diadakan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :