TUTORIAL PENDAFTARAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)

Aktiviti terkini |15 & 18 Julai 2021

Tempat Aktiviti:
Secara online

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu Pusat Internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Memudahkan calon-calon untuk membuat pendaftaran SPP serta mengemukakan permohonan dengan hanya menonton video tutorial yang disediakan.
• Memudahkan urusan calon-calon mendapatkan maklumat tentang dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bagi permohonan tersebut.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Video tutorial permohonan guru melalui sistem SPP ini mula dimuatnaik di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri pada 15 Julai 2021 untuk Part 1 dan pada 18 Julai 2021 untuk Part 2.
• Video tutorial part 1 menunjukkan cara-cara pendaftaran maklumat di Sistem SPP manakala bagi video tutorial part 2 menunjukkan cara menyediakan dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bagi permohonan tersebut.
• Video ini disebarkan kepada orang ramai melalui pelbagai media sosial seperti di Facebook dan juga Whatsapp.
• Ramai yang bertanyakan cara-cara pendaftaran tersebut, tak kurang juga yang ingin meminta pertolongan untuk membuat pendaftaran untuk mereka.
• Hasil daripada itu, video tutorial part 1 tersebut telah mendapat 882 views, 463 estimated reach dan 34 post engagement dan untuk video tutorial Part 2 pula telah mendapat 1345 views, 620 estimated reach dan 100 post engagement
• Jadi, ini membuktikan video tutorial ini sangat memberi pengetahuan kepada calon-calon bagi memudahkan mereka membuat permohonan.
• Ini disebabkan oleh, Pusat Internet tidak boleh beroperasi, jadi calon-calon yang berada di sekitar Pusat Internet tidak boleh mendapatkan pertolongan secara berdepan.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menolong calon-calon yang tidak tahu cara membuat permohonan ini untuk membuat permohonan dengan cara yang betul supaya permohonan mereka diterima oleh pihak SPP.
• Dapat berkongsi peluang pekerjaan dengan mereka yang tidak tahu bahawa KPM telah membuka permohonan guru secara one-off yang memerlukan seramai `lebih 1800 calon.
• Dapat mewarwarkan kepada orang ramai tentang sistem SPP. Dalam pada masa yang sama, orang ramai dapat juga belajar cara-cara meletakkan dokumen-dokumen di dalam google drive untuk mendapatkan pautan dokumen tersebut.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :