REVIEWING EDUCATIONAL WEBSITE "MATH PLAYGROUND"

Aktiviti terkini |20 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Secara online (FB Live)

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu Pusat Internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Menambah minat murid-murid untuk belajar secara atas talian terutama dalam mata pelajaran matematik.
• Sebagai alternatif lain untuk guru-guru dan ibu bapa untuk memberi latihan matematik kepada murid dan anak-anak mereka
• Memperkenalkan laman web ”Math Playground” kepada orang ramai terutama guru-guru dan ibu bapa supaya dapat mencuba menggunakan laman web ini untuk pembelajaran anak-anak mereka.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
Staf membuat ’Facebook live’ ini pada 20 Ogos 2021 di page Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri selama 23 minit.
• Facebook live ini menunjukkan permainan-permainan yang ada di laman web tersebut serta menunjukkan beberapa cara untuk bermain permainan tersebut.
• Staf telah mewarwarkan tentang ’facebook live’ ini sebelum kejadian dan turut disebarkan kepada orang ramai melalui pelbagai media sosial seperti di Facebook dan juga Whatsapp setelah live tamat.
• Ramai murid-murid yang mengadu susah dan agak bosan belajar seperti kaedah yang sebelum ini, jadi staf memberi idea untuk guru-guru serta ibu bapa mencuba kaedah baru ini.
• Hasil daripada itu, ’facebook live’ ini telah mendapat 51 views, 68 estimated reach dan 22 post engagement.
• Jadi, ini membuktikan ’facebook live’ ini sangat memberi pengetahuan kepada orag ramai terutama kepada guru-guru, ibu bapa dan murid sekolah rendah.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat berkongsi satu laman web pendidikan yang menarik untuk diterokai oleh orang ramai terutama guru-guru, ibu bapa dan murid-murid di sekolah rendah.
• Dapat mewarwarkan kepada orang ramai tentang kewujudan laman web ”Math Playground” ini yang sememangnya sangat bermanfaat untuk diguna pakai sebagai alternatif baru untuk menarik minat murid-murid.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :